Dikemaskini 04:47PM Jul 24 2014
Ng Kee Seng
KOMEN: Duta Russia ke Malaysia Lyudmila G Vorobyeva memanggil sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi tadi dan seperti dijangka menunjukkan “sindrom tidak mengaku bersalah”.
Takkan lah beliau hendak memberi butiran lebih banyak daripada yang diberi media Russia.
Walaupun ada beberapa bukti kabur yang menunjukkan pemberontak Russia menjadi dalang kejatuhan MH17, Russia telah menyalahkan Ukraine dan CIA Amerika Syarikat, sedangkan Amerika Syarikat pula menyalahkan Rusia.
Takkan anda lupa, Russia yang menyebabkan wilayah Ukraine bergolak berikutan penaklukan Crimea pada Mac lalu. Anda tentu tahu ia menjadi krisis di Timur Eropah itu.
Takkan anda tak faham lagi sikap Rusia menafikan, menafikan, menafikan segalanya sedangkan bukti berkata pemberontak Russia yang menembak jatuh burung besi 9M-MRD dengan 298 penumpang dan anak kapalnya.
Semua gambar dan rakaman suara mengatakan pemberontak Russia inilah pembunuhnya sedangkan Russia menafikan tuduhan terhadapnya.
Siapa nak mengaku bertanggungjawab dengan pembunuhan itu kerana bukti-bukti sudah dialihkan daripada tempat kejadian.
Vorobyeva berkata pemberontak di Donetsk hanya ada pembedil mudah alih.
“Jaraknya 5,000m sahaja dan tidak mampu menembak sasaran pesawat berada di udara pada paras 10,060m,” The Malaysian Insider memetik kenyataan Vorobyeva.
Habis dia hendak cakap apa lagi?
Beliau berkata Russia kini menjadi serangan bertalu-talu media Barat
“Mana bukti yang menyabitkan Russia dengan kesalahan menjatuhkan MH17? Semua jari ditunding ke arah kami tanpa sebarang bukti.
“Ketika AS menyerang Iraq pada 2003, ia berkata negara Timur Tengah itu punyai senjata yang membawa kemusnahan besar.
“Mana senjata yang membawa kemusnahan besar itu yang menjadi sebab AS menyerang Iraq?” soalnya.
Adakah Malaysia tersepit di antara perang dingin Russia-AS?
Vorobyeva berkata pemberontak di Donetsk tidak memiliki peledak darat ke udara BUK yang didakwa.
“Ia amat canggih dan hanya pihak yang terlatih mampu menggunakannya,” ujarnya.
Mengapa Russia tahu sangat dengan kumpulan pemberontak itu? Mengapa Russia mempertahankan mereka yang berperang dengan Ukraine?
Mengaku Vorobyeva, mengaku. Russia bersekongkol dengan pemberontak dan Malaysia nampak penipuanmu.
Hanya apabila penjenayah yang menembak MH17 dibawa ke muka pengadilan, barulah kami akan berasa sedikit lega.
Article berkaitan : Militan pro-Rusia mengaku tembak jatuhMH17
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa