PAS: Menteri minta tangguh lagi tindakan pada Deepak
mk - 10:28PM - 19 Jul 2014
Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa menteri Datuk Seri Hasan Malek sekali lagi mengarahkan Bank Rakyat memberi layanan istimewa kepada kepada saudagar permaidani, Deepak Jaikishan.
Mahfuz mendakwa, Hasan sekali lagi mengarahkan Bank Rakyat menangguhkan tindakan undang-undang ke atas Deepak selepas bank tersebut mengarahkan saudagar tersebut melangsaikan sejumlah RM5 juta terlebih dahulu daripada hutang keseluruhan berjumlah RM32 juta.
Ia susulan pada pendedahan MP Pandan Rafizi Ramli awal minggu ini yang menunjukkan surat oleh Hasan bertarikh 30 Jan, yang mengandungi arahan kepada Bank Rakyat agar menagguhkan sebarang tindakan undang-undang ke atas Deepak.
Hasan dalam surat itu menggesa agar baki hutang itu diselesaikan melalui ansuran RM270,000 dalam tempoh 10 tahun.
Menteri tersebut pada hari Khamis lalu menjelaskan bahawa ia dibuat mengikut undang-undang sebagai salah satu dari pelan penstrukturan semula hutang Deepak.
Bank Rakyat seterusnya mengenakan syarat kepada syarikat Deepak, Carpet Tile Sdn Bhd sebagai tanda komitmen sebelum pihak bank bersetuju menstrukturkan semula hutangnya.
Bank Rakyat juga memberikan Carpet Tile masa seminggu untuk menjelaskan RM5 juta ringgit tersebut dan mengemukakan cadangan pembayaran yang berikutnya, dakwanya.
Mahfuz mendakwa, menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu melalui surat pada 5 Mac mengarahkan Bank Rakyat agar menagguhkan pelaksanaan syarat tersebut.
"Menteri yang dipercayai mengetahui kandungan surat Bank Rakyat kepada Carpet Tile bertarikh 28 Februari 2014, sekali lagi menghantar surat kepada Bank Rakyat pada 5 Mac 2014 mengarahkan supaya Bank Rakyat menangguhkan pelaksanaan syarat yang dikenakan Bank Rakyat kepada Carpet Tile sebagaimana surat Bank Rakyat bertarikh 28 Februari 2014," dakwa Mahfuz dalam kenyataannya.
Mahfuz mendakwa, surat kedua itu membuatkan Lembaga Pengarah Bank Rakyat di dalam mesyuarat pada 1 April 2014 terpaksa bersetuju supaya Carpet Tile dibenarkan menjelaskan baki pinjaman sebanyak RM32 juta selama 10 tahun tanpa dikenakan sebarang denda lewat.
Mahfuz dalam kenyataannya turut mencabar menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan itu menafikan dakwaannya ini.
"Soalan saya, dengan memberi keistimewaan kepada Deepak dan Carpet Tile untuk membayar baki pinjaman selama 10 tahun tanpa dikenakan sebarang bayaran denda lewat, bagaimana ia dikatakan boleh melindungi kepentingan ahli dan pendeposit Bank Rakyat yang lain?," tanya Mahfuz lagi.
Beliau turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas urusniaga tersebut.
"Saya juga menyeru supaya Bank Negara, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan dan menyiasat perkara ini dengan penuh ketelusan," katanya.
PERASUAH NEGAR HIIA PUN NAK HINDU PARIA PUN NAK DISELIDUNGINYE
ReplyDeleteUmnob berjuang utk melayu islam tapi bela india hindu.
ReplyDeleteJika kena melayu tulin hutang 35k tk bayar 3 bulan dah menteri arah bengkrapkn demi menjaga kpentingan umum.
Hidup umnob,hidup melayu!
Siasat Hasan Malek kenapa dia beriya2 sangat nak melindungi Hindu Deepak. Mesti ada sesuatu yang cuba disorokkan oleh Menteri Ayam Togel ni.
ReplyDeletePerkara yang sama berlaku sejak dulu dan tidak ada siapa peduli. Ia nya tidak selesai dan akan berulang ulang jika pemimpin dan ahli UMNO BN hanya cepat bertindak atas perkara yg disukai sahaja. Pembangkang boleh bersuara, boleh dedah, boleh kutuk, sebagaimana biasa tapi kita tahu dimana penyudahnya. Dalam masyarakat malaysia golongan bodoh tapi sombong, bebal merasa cerdik, golongan yang oportunis yang sentiasa mengampu dan menanti peluang, golongan bodoh yang mengharap habuan kekayaan dan golongan penjenayah. Mereka ini sanggup buat apa saja. Mereka sanggup tubuh kumpulan yang konon nya NGO. Mereka sanggup jual prinsip kalau mereka pernah ada prinsip, jual diri, jual negara hatta menjual ugama. Apa yang mereka fikirkan adalah habuan kuasa, kekayaan,kesenangan atau mereka bebas dari jenayah yang telah mereka lakukan. Menggerakan iltizam politik dari rakyat secara terbuka amatlah sukar. Orang dalam parti pemerintah, jika masih ada perlu didekati dan diajak secara baik untuk bersama menghalang dari kemungkaran yang menghancurkan agama, bangsa dan negara. Diharap masih ada saki baki pemimpin yang masih waras.
ReplyDeleteApa Istimewanya Deepak? Cepat sangat kamu semua lupa...Inilah orang yang memegang rahsia Rosmah Mansor, dari kes Altantuya, bayar PI Bala, dan jadi orang tengah cincin belian RM24 Juta. Selamat Deepak, selamatlah Rosmah.
ReplyDelete