2014/07/23 - 02:24:30 AM
Najib menerima panggilan daripada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika di pejabatnya, di Putrajaya. Erdogan turut memberi sokongan kepada Malaysia dan melahirkan rasa simpati dengan tragedi MH17 serta menyokong usaha membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, dalam satu kenyataan semalam juga mengalu-alukan kemajuan yang dicapai berikutan persetujuan antara Malaysia dan kumpulan yang diketuai oleh Alexander Borodai itu.
Beliau turut menghargai tugas yang dilaksanakan pasukan Malaysia dalam menyelaras proses membawa pulang mayat mangsa dan mengambil hak jagaan kotak hitam.
Malam tadi (malam kelmarin), saya mencapai persetujuan dengan Borodai bagi mengakhiri kebuntuan dalam isu berkaitan nahas pesawat MH17. Persetujuan membabitkan tiga perkara, iaitu mayat mangsa dipulangkan, kotak hitam diserahkan dan akses penuh ke lokasi kejadian diberi supaya siasatan dapat dimulakan.
Saya gembira untuk mengesahkan bahawa dua syarat sudah dipenuhi. Kereta api yang membawa mayat mangsa sudah tiba di Kharkiv, di mana persiapan akan dibuat untuk memindahkan mereka ke Amsterdam (Belanda).
Kotak hitam selamat
Kotak hitam kini dalam jagaan pasukan Malaysia dan kelihatan berada dalam keadaan baik. Ia akan disimpan dengan selamat sebelum diserahkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa untuk analisis lanjut, katanya.
Najib juga berkata, krisis luar biasa itu memerlukan pendekatan yang luar biasa dan mengakui wujud risiko dalam usaha mencapai persetujuan itu.
Namun, kita merasakan sudah menjadi kewajipan untuk meneroka semua kemungkinan bagi memecahkan kebuntuan dan memastikan mayat dan kotak hitam kembali ke tangan kita.
Selepas bertemu keluarga mangsa, saya merasakan kita bertanggungjawab kepada mereka untuk mengambil tindakan ini, katanya.
Beliau berkata, setakat ini persetujuan dihormati dan pada masa sama, Malaysia mahu supaya kerjasama itu berterusan serta penyiasat diberi akses penuh ke lokasi nahas seperti dipersetujui.
Saya lega kerana kita mampu melaksanakan sesuatu yang membolehkan untuk terus bergerak ke hadapan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan Malaysia di sana yang bekerja keras dalam operasi ini, katanya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa