Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 8, 2014

Kedudukan PAS Dalam PR: Berapa Kali Mau Bincang Daaa......

Aku yakin ramai rakyat di luar sini dah meluat dengan isu ni......tak sudah-sudah
Terlalu banyak senongeh dan haru-birunya
Aku nampak mandat muktamar dah tak ada harga daah......
Aku bukannya tak sukakan 'kapal' tapi aku benci dengan kerenah 'kapten dan krews' yang membawa masalah dalam 'pelayaran' kapal itu!
Kalau nak duduk dalam PR duduklah dengan ikhlas dan berkomitmen

Pemimpin tertinggi PAS bertemu, bincang masa depan dalam Pakatan
OLEH ZUL SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Published: 8 November 2014
Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura Ulama akan menyertai retreat di Kuala Selangor untuk membincangkan secara khusus pelaksanaan Islam dalam negara demokrasi dan hubungan PAS bersama sekutunya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2014.

Pemimpin tertinggi PAS akan bertemu pagi ini untuk membincangkan masa depan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan menilai kekuatan dan kelemahan selepas komitmen mereka dalam gabungan itu dipersoalkan semenjak kemelut menteri besar Selangor.
Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura Ulama akan menyertai retreat di sebuah hotel di Kuala Selangor dan akan membincangkan secara khusus pelaksanaan Islam dalam negara demokrasi dan hubungan PAS bersama sekutunya.
"Retreat ini akan menentukan masa depan PAS sendiri dan juga kedudukan PAS dalam Pakatan," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dan mendedahkan retreat itu bermula pagi ini dan berakhir pada Ahad.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengetuai perbincangan mengenai topik pertama dan Naib Presiden Salahuddin Ayub akan mengetuai perbincangan mengenai hubungan PAS bersama PR.
Jalur pemikiran dalam PAS kini terbelah dua ekoran kemelut menteri besar Selangor.
Golongan profesional yang dinamakan Erdogan (mengambil nama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan) dilihat sebagai pro-PR manakala golongan konservatif yang dipimpin ulama dilihat kritikal terhadap rakan-rakan PR dan mahu memastikan kemurnian perjuangan Islam yang dibawa PAS.
Sementara itu DAP dan PKR sudah menyerang parti itu, terutamanya Hadi berhubung pendirian PAS dalam kemelut menteri besar Selangor.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika berucap dalam konvensyen partinya menyerang PAS kerana dianggap tidak “berpegang kepada janjinya” dan juga isu ketidakhadiran Hadi ke mesyuarat PR.
Lim berkata PR tidak akan berpecah walaupun jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan dalam rayuan kes liwatnya kali ini. 
Namun DAP memberi amaran, gabungan itu akan berpecah jika PAS membentangkan undang-undang persendirian untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
PAS Kelantan sebelum ini bercadang mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi meminda beberapa perkara dalam perlembagaan untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.
Umno melalui beberapa pemimpinnya sudah menyatakan akan menyokong rang undang-undang persendirian itu, manakala DAP memberi amaran jika ia dibentangkan, PR akan berakhir.
"Kami akan cuba membincangkan isu ini secara terbuka dalam retreat kali ini melalui kertas yang akan dibentangkan presiden,” kata AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kepada The Malaysian Insider.
"Kalau kita berjaya mencapai kata sepakat penyelesaiannya, dalaman PAS sendiri dan Pakatan Rakyat akan bersatu tetapi kalau kita gagal, tidak tahulah saya.
"Saya penuh harap kita akan mencapai kata sepakat."
Namun Salahuddin yakin mereka akan mencapai persetujuan, dan beliau akan membentang segala fakta dan hujah secara objektif berhubung pencapaian PAS bersama PR semenjak tahun 2008.
"Saya juga akan gariskan halangan atau isu yang menyebabkan rakan-rakan kita dalam Pakatan tidak berapa senang dengan PAS," katanya kepada The Malaysian Insider.
Menurut Salahuddin, beliau yakin PAS mampu membincangkan perkara ini dengan mengakui kelemahan parti.
"Kita akui ada isu yang tidak selesai dan kelihatan ada pendekatan yang mahu keluar PR.
“Kita kena akui kelemahan ini dan mencari jalan penyelesaiannya dengan cara yang bijaksana," katanya.
Menurut Salahuddin, retreat ini bukanlah satu perkara baru dan menjadi satu kebiasaan bagi PAS untuk mengadakannya setiap kali selepas muktamar bagi membolehkan pemimpinnya berterus-terang dan bersemuka untuk memacu hala tuju parti.
Salahuddin juga mengakui ada pemikiran berbeza di kalangan pimpinan PAS, tetapi yakin ia boleh diselesaikan dengan cara duduk berbincang, berdiskusi dengan fakta dan berasaskan kebenaran, bukannya fitnah dan sentimen.
Beliau juga mengakui penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sedikit sebanyak mewujudkan persepsi negatif kepada PAS.
"Sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Krisis, ia menjadi tanggungjawab saya untuk berjumpa dengan mereka dan berbincang.
"Kita tidak boleh biarkan begitu saja kerana mereka adalah ahli-ahli PAS dan sesetengahnya mempunyai jawatan penting dalam PAS," kata Salahuddin.
Sambutan terhadap PasMa kini semakin hangat dengan kejayaannya menubuhkan cawangan di semua negeri dan di semua daerah untuk negeri-negeri tertentu, termasuk di Terengganu di mana PAS menyatakan penentangan secara terbuka terhadap kumpulan itu.
Walaupun ia ditubuhkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), tetapi ramai memberikan tanggapan ia kumpulan yang tidak senang dengan jalur pemikiran pimpinan tertinggi PAS, khasnya Hadi sendiri.
Retreat kali ini juga bakal menentukan pemikiran yang bagaimanakah yang bakal mewarnai masa depan PAS.
"Jika pemikiran golongan progresif berjaya diterima dan dijadikan pendekatan PAS, maka PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat dan bekerjasama erat dengan PKR dan DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," kata Mujahid.
Sebaliknya, jika pemikiran golongan konservatif yang mahu menjaga kemurnian perjuangan Islam yang dibawa PAS mendapat tempat utama dalam retreat kali ini, PAS akan semakin jauh dari PR.
Retreat ini juga akan menentukan halatuju PAS menjelang Muktamar PAS ke-61 Jun tahun depan, apabila pemilihan pucuk pimpinan akan diadakan.
"Apa-apa keputusan retreat ini akan disahkan menjadi keputusan PAS apabila perwakilan membuat pemilihan pucuk pimpinan PAS nanti," kata Mujahid. – 8 November, 2014.

3 comments:

  1. PAS parti politik bahalol. itu fakta!

    PAS mesti berubah pemikiran dengan membangunkan kualiti intelektual nya dengan banyak membaca dan berfikiran positive.

    selagi otak otak udang dalam kepimpinan PAS maka ia akan jadi tong sampah saja.

    muka muka kepimpinanan macam DBKL saja , susah nak maju.

    ReplyDelete
  2. Berulang ulang untuk membincangkan isu isu pokok yang sama salepas diputuskan jumaah dalam muktamar membawa erti tiada kejujuran dan keikhlasan dikalangan pemimpin dan ahli Pas terhadap keputusan ramai atau majoriti.
    Yang minoriti sentiasa tak puas hati dengan ramai dan terus berusaha untuk merombak keputusan ramai dengan membuat pelbagai onah.
    Pemimpim dan ahli demikianlah yang akan jadi kumpulan kuku besi jika dilantik kerana tidak akan benar sesiapa debat atau bincang dengan mereka jika tak bersetuju dengan sikap dan keputusan mereka.
    Bagi gulongan ini segal helah akan diutarakan yang mahu mereka tunjukan islam mereka saja yang benar,tafsiran mereka aje yang tulin.
    Mereka ini lah yang akan memporak perandakan segala usaha kearah kebaikan dan keharmonian jika tak selari dengan kemahuan nafsu mereka.
    Awaslah.

    ReplyDelete
  3. Apa relevan PAS dalam gelombang politik negara? Relevan-nya adalah PAS berjaya memecah dominasi UMNO terhadap sokongan kaum Melayu - Itu sahaja. Enakmen Hudud dan kepimpinan Ulama hanyalah retorik untuk mendapatkan sokongan Melayu Islam sahaja kerana mereka pun tahu amat sukar mengubal perlembagaan negara di mana Melayu UMNO pun tidak menyokong untuk meluluskan perkara tersebut. Memperjuangkan keadilan dan hak rakyat seperti individu Rafizi dan Saifuddin Abdullah - dalam PAS amatlah kurang dan hampir tiada sekiranya tidak dimulakan oleh parti gabungan PR (PKR dan DAP). Akhirnya PAS tak perlu melalak dan mencanang bahawa mereka perlu disokong dan dimuliakan atas sebab mereka menggunakan nama Islam dan kononnya mengangkat ulama sebagai pemimpin dan memperjuangkan Hudud kerana majoriti rakyat sudah amat mengenali reputasi buruk dan sikap hipokrit pemimpin atasan mereka semasa berlakunya konflik kepimpinan di Selangor. Rakyat sudah melihat PAS dari mata helang dan bukannya mata ikan kering lagi.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa