8 November 2014
Pihak polis bergegas ke tempat kejadian di mana seorang wanita berusia 22 tahun dibunuh teman lelakinya
Suspek dikenali sebagai Matthew Williams, 34, membunuh mangsa di sebuah asrama yang menempatkan golongan gelandangan di Argoed, 34 kilometer di utara Cardiff.
Memetik laporan Mirror, perbuatan suspek disedari oleh pengawal keselamatan asrama terbabit apabila melakukan pemeriksaan mengejut pada bilik hotel suspek.
Pihak polis segera bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada kakitangan asrama tersebut dan mematahkan serangan Williams menggunakan senjata renjatan elektrik.
Bagaimanapun, suspek tidak memberi sebarang tindak balas selepas ditangkap. Pihak paramedik yang tiba memberitahu suspek mati selepas terkena renjatan elektrik oleh pihak polis.
Difahamkan, Williams memiliki rekod jenayah dan baru sahaja dilepaskan dari penjara dua minggu lalu gara-gara menyerang teman wanitanya.
Kejadian itu hampir sama dengan serangan ke atas seorang warga emas di Miami, Amerika Syarikat dua tahun lalu.
Dalam serangan itu, Ronald Popo, 65, kehilangan hampir tiga suku wajahnya kerana dimakan penyerang berbogel, Rudi Eugene.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa