Fahmi sungguh pelik dengan tindakan polis yang menangkapnya sebanyak dua kali dalam masa sehari di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan tujuh mahasiswa yang lain berikutan kedatangannya didakwa tidak disenangi oleh UMS dan UMNO.
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol menegaskan beliau bukanlah pro Pakatan Rakyat (PR) namun tindakan UMNO menyekat kebebasan suara mahasiswa menyebabkan beliau benci dengan parti tersebut.
Menurutnya, beliau hadir ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) atas jemputan Pro Mahasiswa UMS yang menjemputnya bagi mendedahkan terdapat dakwaan penyaluran dana RM10,000 dari UMNO kepada jentera pro-Aspirasi ketika pilihan raya kampus lalu.
“Kami ditangkap semasa baru hendak memulakan pidato pada jam 8.15 malam, Namun belum sempat memulakan pidato di kafe UMS, baru nak bagi salam, polis datang minta dan meminta kami beredar.
“Alasan polis menangkap kami kerana program ini tidak mendapat pengesahan UMS. Ini tempat awam, kenapa perlu pengesahan?. Lagipun jika kami membuat program yang tidak dipersetujui oleh UMS, mereka mesti tak nak,” jelasnya ketika dihubungi oleh FMT.
Sebelum itu, Fahmi dan sembilan mahasiswa bersamanya ditangkap oleh pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada sebelah pagi semalam. Bukan sahaja disoal siasat malah dipaksa untuk melakukan ujian kencing.
“Saya bukan apa takut ujian air kencing itu akan dimanipulasikan oleh pelbagai pihak. Nanti kami pula yang kena.
“Namun polis mengugut kami membuat ujian air kecing tersebut dan jika tidak dia (polis) akan tangkap kami. Kami pun mengalah dan dilepaskan jam 4 petang,” kata Fahmi.
Tambah beliau, apa yang menghairankan, mengapa perlu adanya samseng UMNO dan Federal Reserve Unit (FRU) dalam majlis tersebut.
“Kami datang hanya ingin membuat pendedahan kepada UMS mengenai penyaluran dana tersebut oleh UMNO.
“Kami juga tak nak campurtangan politik sama ada PR atau UMNO, tapi UMNO dah buat perkara tak betul. Jadi kami dedahkan perkara tersebut,” jelasnya.
Ujarya, UMNO ada kuasa hantar polis, TNC, samseng UMNO, dan FRU untuk menidakkan serta menyekat suara mahasiswa.
“Kami juga telah dianggap sebagai jenayah ditangkap, bayangkan sehari di Kota Kinabalu, dua kali saya ditahan Polis.
“Saya berharap pihak universiti jangan jadi topeng kepada politik. Jika ia, kemana lagi kita nak bergantung dengan politik,” tegas Fahmi.
Suara mahasiswa disekat, peminjam PTPTN dikejar, peminjam NFC terus ‘bebas’
Suara mahasiswa disekat, peminjam PTPTN dikejar, peminjam NFC terus ‘bebas’
Mereka meminjam wang yang lebih banyak dan mereka mampu untuk membayarnya. Tetapi peminjam PTPTN pula yang dikenakan tuntutan untuk membayarnya.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menuntut pihak kerajaan supaya tidak lagi menggunakan sistem ‘kuku besi’ bagi mengekang kebebasan mahasiswa dan juga para pensyarah universiti bersuara.
Jelasnya, perkara ini merupakan satu perkara yang amat menyedihkan. Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak sihat, kebebasan universiti kini dikekang dengan begitu dahsyat.
“Insiden ini awalnya dimulakan pada Adam Adli dan Safwan Anang. Mereka dihukum 12 dan 10 bulan dan kini mereka sedang proses merayu. Pihak universiti bukannya nak mendengar, tapi mereka nak memanjangkan pula dan menambah hukuman ini. Di manakah masa depan mereka?,” soalnya dalam satu sidang media di Parlimen.
Jelasnya lagi, tindakan kerajaan yang menyekat ‘suara’ dan pendapat para pensyarah juga menunjukkan ia sebagai satu langkah-langkah yang primitif.
“Mereka hanya menyatakan pendapat mereka, tetapi kenapa mereka telah dikenakan Akta Hasutan 1948? Bagaimana perkembangan ilmu hendak berlaku?” katanya.
Bukan itu sahaja, kata Ahli Parlimen dari PAS itu lagi, kini, graduan dikejar supaya mereka menjelaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka. Namun, peminjam wang daripada MAS, NFC tidak pula dikenakan tindakan yang sama.
“Mereka meminjam wang yang lebih banyak dan mereka mampu untuk membayarnya. Tetapi peminjam PTPTN pula yang dikenakan tuntutan untuk membayarnya.
“Dapat dilihat, graduan yang baru sahaja bergraduasi terus diberikan tekanan. Kenapa graduan diberikan pendakwaan terpilih?” soalnya.
kah kah kah!!! peeeeeeegiiidahhh!!!!
ReplyDeletetajuk tu, beruk dalam hutan mungkin boleh percaya...
Bukan ke ko yg beruk duk dalam hutan tu...
DeleteAku dah lama meluat kat UMNO ni, sejak aku lahir, hu, hu, hu,
ReplyDeleteAnon 5:30 aku setuju dgn alasan kamu beruk dlm hutan mungkin boleh percaya tajuk tu. Yg sedihnya manusia dlm bandar dari kumpulan tertentu x caya. Antara beruk di hutan dgn
ReplyDeletekamu siapa lebih cerdik. Takde kah 3 x. Serius nie.
tak kenai lagi ka puak yang memang dikenali sebelum 1998 lagi
ReplyDeletezaman budak budak melayu bahalol mula ber kurangan...
ReplyDeletemoga moga banyak lagi anak anak melayu mula belajar menguna kan otak dan ber fikir secara waras.
biar lah bangsa lain pulak jadi bahalol , jangan asyik asyik bebudak melayu saja.
Sebab itulah hanya yang bodoh-bodoh sahaja yang masuk UMNO.
ReplyDelete