Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)

Monday, November 10, 2014

Hadi Didesak Berundur?

Dua pilihan Ahli PAS - Hadi atau masa depan parti?

Hadi perlu berundur demi Pakatan dan masalah kesihatannya, kata sumber 
OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA
Published: 10 November 2014
Kedengaran cakap-cakap yang minta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundurkan diri daripada jawatannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti Islam itu, kata sumber.
Mereka memberitahu The Malaysian Insider jika Hadi bersetuju, parti Islam itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu.
Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.
Menurut pemimpin veteran parti itu, kesihatan Hadi tidak begitu baik sejak mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki pada Mei.
Difahamkan selepas pulang dari Turki, Hadi sukar untuk mengawal kemarahannya dan beberapa insiden memalukan berlaku seperti memarahi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjunginya di Terengganu semasa kemelut menteri besar Selangor.
“Presiden banyak berubah selepas masuk hospital di Turki dan seringkali membuat keputusan secara bersendirian. Mungkin sudah sampai masa untuk beliau berundur,” kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.
Selepas mengeluarkan pendirian berbeza berulang kali dengan pemimpin PR, Hadi tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.
Ketidakhadiran Hadi dan keputusan yang dikeluarkannya seringkali bercanggah dengan PR menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen.
Difahamkan, pujukan agar Hadi berundur dilakukan pemimpin veteran yang dihormati presiden PAS itu sendiri.
Sumber berkata, jika rakan lama dalam PAS berjaya memujuknya, Hadi boleh mengambil alih jawatan mursyidul am yang kini disandang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas meletakkan jawatan sebagai presiden PAS, Hadi tidak perlu lagi menghadiri mesyuarat bersama PR dan parti Islam itu dapat meneruskan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya, kata sumber itu.
Sumber berkata, ramai yang mengharapkan Hadi tidak mengumum akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti tahun depan.
"Namun halangan kita yang terbesar adalah, kepimpinan dalam PAS ni bukan kepimpinan politik saja atau pertubuhan biasa, tetapi juga kepimpinan jemaah Islam yang tidak ada umur bersara," kata sumber itu merujuk kepada keadaan Nik Aziz yang sedang uzur sekarang ini.
Walaupun terdapat cakap-cakap Hadi akan membawa PAS keluar PR, ahli Parlimen Marang itu mengumumkan pada Ogos parti itu akan tetap bersama gabungan yang ditubuhkan pada 2008 itu.
Bagaimanpun, Hadi menegaskan PAS akan terus mempunyai ideologinya sendiri yang mungkin bercanggah dengan rakan-rakan PR.
Anwar yang juga ketua umum PKR bagaimanapun menolak dakwaan itu dan berkata beliau seringkali berhubung dengan Hadi.
"Saya tidak rasa begitu, tidak elok mengatakan demikian. Saya ada berkomunikasi dengan beliau. Ia bukanlah satu masalah," katanya.
Jika Hadi bersetuju untuk berundur, masalah baru yang timbul adalah siapakah yang bakal menggantikannya, soal seorang aktivis PAS.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu popular tetapi tidak disukai golongan konservatif yang turut membenci Anwar.
"Kalau timbalan beliau, Mohamad Sabu, ramai pihak yang tidak akan senang. Nama yang popular adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tetapi beliau tidak berminat untuk memegang jawatan itu," kata aktivis yang sudah berama parti Islam itu selama lebih 30 tahun.
Bagaimanapun seorang lagi aktivis parti Islam itu yakin Mohamad mampu menggalas jawatan presiden PAS dan memperkukuhkan PR.
“Dalam PAS siapa yang paling dihormati PKR dan DAP? Mat Sabu disenangi Guan Eng dan Anwar.
“Mat Sabu jugalah yang seringkali menggantikan Hadi dalam mesyuarat Pakatan apabila Hadi tidak hadir,” katanya.
Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang dilihat sebagai ulama yang paling berpengaruh dalam parti Islam itu selepas Hadi dan Nik Aziz ekoran sikap terbukanya dalam menghadapi kepelbagaian.
Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad, terdapat juga kempen kecil dimulakan agar seorang lagi naib presiden, Datuk Husam Musa mengambil alih tempat Hadi.
"Namun kalau dia (Hadi) mahu berundur secara sukarela (bukan melalui pertandingan) saya percaya dia akan memilih Tuan Ibrahim sebagai penggantinya," kata sumber itu. – 10 November, 2014.

10 comments:

  1. bagi rakyat yang waras di antara bangsa bukan melayu , PAS sudah jadi bungkus dan tidak relevan lagi.

    di kalangan orang Melayu pula , yang ber pendidikan dan bijak juga tidak dapat manfaat dari PAS sama ada Hadi wujud atau pun tiada.

    orang orang Melkayu yang gagal saja masih mempercayai PAS.

    ReplyDelete
  2. bagini lah sifat dan perlakuan orang melayu yang amat merugikan!Bila dah berjawatan atau japi pemimpin tidak mahu berundur dengan sendiri.Lazimnya tidak tahu bila diri tidak sesuai dan tidak dapat memberi faedah kapada jumaah,malah merosakkan jumaah.
    Selalu menganggap diri maksum dan segala keputusan mesti dipatuhi.
    Demikian yang telah diserapkan dalam roh pemimpin melayu....kerana semua ingat mereka dikurniakan Allah swt hak jadi ketua (macam raja).Mereka tidak mau ambil iktibar jahanam dan runtuhny tamadun dan pengaroh melayu sahingga jadi hamba penjajahan adalah kerana raja atau pemimpin menganggap diri mereka maksum,bolih saja berbuat zalim,dan lupa akan Amanah Allah sabagai pemimpin kapada ummah.
    Jika Hadi benar2 hayatai kehendak Islam terhadap pemimpin tak perlu dipujuk untuk berundur kerana mencukupi ditunjukkan kecelaruan yang ujud dari tindakan dan keputusan dia.
    Adakah Hadi akan diingati dengan kesayangan sasudah berundur dari pentas politik atau dikenang dengan kutukan.
    Keputusannya semasa menentukan siapa Hadi SABENAR.

    ReplyDelete
  3. Awak la hang serah pungkok Mak hang kat nuaq kan dah melatah tak habigh

    ReplyDelete
  4. Sokong hadi awe berhenti
    Sokong tuan berahim ambik salih
    Lagi cepat lagi bagus
    Kalau tidal pas akan hancur d bawah hadi awe dn pengikut UG nya

    ReplyDelete
  5. Tu dia geng rottweiler dok pulun menyalak sana sini. Lagi kuat geng hang menyalak makin ramai rakyat menjauhkan diri dpd anwar.Kesian kat anwar kerana geng2 hang menyalak dia makin dipinggirkan.Geng hang merugikan PKR bkn mengungtungkan ! Lebih baik puak2 hang retirelah dari jadi blogger politik pi jual kat pasar malam lg untung anwar !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai UMNO dah m3ngelabah.....hahahaha

      Delete
  6. Hahahahaha...berita yg sengaja dan terpaksa digahkan....psycho bacul. Setakat pasma dan lajnah pkr ni...kuat kt siber je....kt luar sana? Chaittt...jgn harap la. Igt penyokong pas xde otak nk pikir ke...teruskanlah menghina ulamak dan satu2 allah buka pekung mereka dari oktobeerfest...touch the dog...dan skrg sis. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. Kahkahkah.....ghamai sungguh macai-macai UMNO meng3labah berok mat y3h bila Hadi Awang dipujuk untuk m3lepas jawatan.....huhuhu

    ReplyDelete
  8. Undur! Undur! Haji Hadi! Kami takmau Geng UG!,
    Undur! Undur! Haji Hadi! Kami takmau Geng UG!,

  9. Pemimpin Islam konon..... Firaun pun susah nak berundur dari kedudukannya. Maka tiada bezanya dengan perangai Firaun, walaupun dikaburi dengan amalan mengelek kitab dan tasbih merata ceruk kampung. Mereka ini hanya mampu menakut-nakutkan rakyat dengan azab Tuhan serta berhukum dengan itu dan ini, tetapi mereka sendiri bukannya percayapun akan azab Tuhan dan dengan sengaja melanggar segala hukum dan syariat Tuhan. Sesat lagi menyesatkan.......

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa