Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 7, 2014

Biar Betul: Jabatan Audit Negara Tiada Kuasa Audit GLC?

Tak mampu audit GLC, jadi apa peranan Ketua Audit ini?
Ng Kee Seng01:00PM Dis 07 2014

SEKILAS PANDANG: Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dilaporkan berkata beliau tiada kuasa mengarahkan audit dilakukan ke atas syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini kenyataan separuh betul. Hakikatnya beliau tiada kuasa langsung mengambil apa-apa tindakan.

Lihat sahaja bagaimana laporan jabatan audit negara dilayan saban tahun di Parlimen serta oleh Jawatankuasa Akaun Awam (PAC). Sudah jelas mereka tak memandang serius laporan tersebut.

Ia mungkin memaparkan pengurusan kewangan yang lemah serta juga salahguna kuasa di peringkat negeri dan persekutuan, namun siapa yang ambil peduli?

Mungkin ada tindakan yang dikenakan ke atas beberapa kerat ikan bilis. Itu sahaja.

Rakyat Malaysia tertanya-tanya mengapa kita semua membayar gaji kepada Ketua Audit Negara yang sering terabai sebegitu rupa.

Portal The Malaysian Insider memetik Ambrin berkata beliau tidak mempunyai sebab melakukan siasatan ke atas Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) berhubung pembinaan KLIA2.

Selepas berbelanja RM4 bilion, ia menjadi tasik dan perkara tersebut, menurut Menteri Pengangkutan Seri Liow Tiong Lai telah dijangka. Apa punya projek yang telah dibina?
Begitukah kualiti lapangan terbang bernilai RM4 bilion?

Ambrin juga berkata beliau tiada kuasa mengarahkan audit ke atas hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mencecah RM38 bilion kerana ia GLC yang hanya diaudit firma antarabangsa yang besar.

Akta Audit 1957 memberi kuasa kepadanya “memanggil sesiapa sahaja bagi penjelasan dan maklumat yang diperlukan Ketua Audit Negara”.

Jadi mengapa takut dengan MAHB dan 1MDB?

Dalam satu forum berkaitan akauntabiliti kerajaan, Ambrin memberitahu firma-firma tersebut telah diaudit firma gergasi antarabangsa.

Beliau juga berkata kerajaan perlu memberi lampu hijau kepada jabatannya melakukan penelitian ke atas penyata kira-kira MAHB.

“Kami telah berbincang tentangnya. Saya tidak boleh lakukannya tanpa diberi kebenaran,” ujar Ambrin.

Namun beliau berkata jabatan audit mengkaji dari semasa ke semasa senarai yang mereka akan lakukan siasatan. Mereka juga akan bermula dengan firma yang dicadangkan PAC.

Bagi 1MDB, Ambrin menjelaskan ia dana khazanah negara yang telah menjelaskan strategi pelaburan dan perniagaannya.

“Apa anda mahu kami lakukan? Penyata kira-kira mereka telah diaudit salah satu firma gergasi,” katanya.

Jadi Ambrin hanya memberi alasan tidak mahu melakukan apa-apa tindakan sewajarnya bagi melindungi wang rakyat.

Jika beliau dan jabatannya tiada kuasa, mengapa beliau perlu dikekalkan?

1 comment:

  1. Bila hidup nak makan gaji , ter paksa ikut apa kata boss kan.

    Kalau boss tak jujur dan bahalol , apa lagi boleh buat.

    Kalau ada harga diri , berhenti kerja rezeki ada mana mana.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa