Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 7, 2014

Pada Aku Mahathir Hanya Perli, Nape DAP Ambil Serius?

Mahathir perli sape?
Pakat-pakatlah teka.......

DAP selar kenyataan Dr M 'orang M'sia bodoh'
mk - 12:43PM - 7 Dec 2014

Kejayaan syarikat penerbangan swasta AirAsia menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia bukan tidak cekap menguruskan syarikat penerbangan, kata DAP.

Sebaliknya, menurut setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng (bawah), BN sebenarnya yang tidak mampu menguruskannya.
Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, beliau “amat tidak setuju” dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MAS perlu melantik seorang ekspatriat sebagai ketua pegawai eksekutif kerana “orang Malaysia bodoh”

Lim sebaliknya berkata, BN sebenarnya yang “bodoh” ekoran Malaysian Airlines (MAS) terus gagal meski pun banyak dana kerajaan disuntik, tidak seperti AirAsia yang berdiri dengan kaki sendiri.

“Sebenarnya, BN yang bodoh, bukan rakyat Malaysia, dengan bergantung kepada agenda perkauman untuk menutup kroni yang tidak berupaya dan bukannya mencari rakyat Malaysia berbakat di depan mereka seperti pasukan AirAsia Fernandes, Kamarudin Meranon dan Azran Osman Rani," katanya.

Mahathir semalam berkata: “Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.”

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

3 comments:

  1. Sama ada Mahathir perli atau tidak, apa yg diperkatakan oleh LGE dlm isu ini adalah betul dan tepat serta tidak berbentuk perli. Direct to the point.

    ReplyDelete
  2. Lim Guan Eng cakap betul , Mahathit pun cakap betul jugak.

    Lim Guan Eng hanya sah kan yang bodoh tu orang orang Melayu saja , si Mahathir pulak takut hilang sokongan Melayu.

    Air Asia tuk otak nya Bukan Melayu.

    Mana ada sama orang Bahalol (dalam PAS dan UMNO) dengan orang Bukan Bahalol.

    ReplyDelete
  3. Setuju bahawa dr mahathir sindir. Setuju dgn guan eng yg bodoh adalah kerajaan yg melantik top management di kalangan yg tak pandai mengurus syarikat penerbangan.
    Tsk setuju Tony Fernandez pandai dan berjaya atas kaki sendiri. Tun Mahathir yg benarkan air asia terbang ke destinasi malaysian airlines menyebabkan pendapatan MAS merosot teruk. Sementara itu permintaan MAS untuk betsaing dgn menurunkan harga tidak dibenarkan Treasury...memang bodoh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa