Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 8, 2014

Dadah di muka pintu!

Dadah di muka pintu. Ianya semudah itu!
Ace Emerson08:30PM Dis 07 2014

INTIPAN: Berbanding pandangan umum, bukan sukar bagi kita mendapatkan bekalan dadah pada hari ini. Kita tidak perlu bertanya individu yang sering muncul di kaki lima. Apa yang perlu dilakukan ialah menghantar pesanan ringkas melalui telepon sahaja.
Malah penjual dadah juga kini kreatif dengan menawarkan pelbagai kaedah bagi kemudahan pelanggan mereka.
Ketika saya berbual dengan Pengarah Bahagian Jenayah dan Siasatan Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim, beliau menyuarakan pendapat bahawa penjualan dadah telah bercambah menjadi perniagaan besar-besaran.
Menurutnya, yang kini dilantik Timbalan Ketua Polis Negara, peniaga dadah telah beralih kepada teknologi Internet bagi memuaskan kehendak pelanggan.
“Kita jangka mereka akan menghantar pesanan melalui pos selepas pembelian dilakukan di Internet menggunakan telepon pintar. Kami sedang memerhati perkara ini dengan teliti,” ujarnya.
“Saya tidak terkejut jika mereka mendampingi pelajar kolej dan membekalkan motorsikal agar mereka tertarik menjadi pengedar.”
Sebelum berbual dengannya, saya bertekad melakukan pengintipan dan telah membuat panggilan kepada seorang pengedar dadah yang nombor teleponnya diberi seorang rakan.
Saya berkata mahu menemuinya di sebuah kedai mamak.
Dengan berpakaian seakan ke pejabat, lelaki berusia awal 30an itu datang seperti dijanji.
Dia memanggil pelayan kedai dan berkata masih belum makan malam lagi.
Sambil memperkenalkan dirinya sebagai Din, dia berkata dia bekerja sebagai pemandu. Selepas waktu pejabat, dia menjadi pengedar dadah.
Dia menjemput saya membuat penghantaran. Saya bersetuju kerana dapat mengetahui para pelanggannya serta latar belakang mereka.
Din berhenti di apartmen, taman perumahan, kedai makan, pejabat dan pusat membeli belah. Barangan yang paling laku tentunya ganja.
Din pandai mengelak tindakan undang-undang, walaupun sedar dia berdepan hukuman mati. Namun dia kekal dengan pekerjaan sampingannya.
Selain ganja, dia juga menjual daum ketum, eskstasi, pil “gembira” dan pil kuda. “Lain-lain dadah pun ada jika ada permintaan,” katanya.
Kami singgah di tempat pertama penghantaran, sebuah perumahan yang agak mewah. Seorang ahli perniagaan yang segak keluar dan menghampiri kereta Din. Dia berjabat tangan dengan ahli perniagaan itu.
Sambil itu, dadah dan wang bertukar tangan. Din kenal benar lelaki tersebut.
“Ini pelanggan tetap dan dia menghantar pesanan teks lebih awal,” jelasnya. Din berkata dia lebih selesa dengan kaedah itu.
Kebanyakan pelanggannya telah lama dikenali. Jika mereka ingin mencadangkan pelanggan baru kepada Din, ia perlu dilakukan melalui pesanan teks juga.
Dengan kaedah ini, pelanggan baru mampu dipercayainya. Pada masa yang sama, pelanggan baru juga yakin dengan produk Din.
Di Malaysia, dadah merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia berbilang bangsa dan latarbelakang.
Di pasaran gelap ini dapat kita saksikan peguam, pegawai bank, pereka fesyen, guru sekolah dan sebagainya. Mudah bagi mereka mendapatkan dadah kegemaran mereka.
Menurut Din lagi, terdapat permintaan tinggi bagi produknya dan walaupun hukuman yang menanti begitu berat, dia masih sibuk menerima tempahan.
Katanya, beliau sentiasa menjaga hubungan dengan seorang rakan di Pantai Timur bagi mendapatkan bekalan. Beberapa barangannya dihasilkan di Thailand.
Kami kemudian sampai ke lokasi seterusnya, sebuah kediaman bergaya di celah kota. Pemiliknya membuat tempahan yang banyak.
Seorang wanita berusia lewat 30an muncul dan berjalan ke arah kami.
“Mana motorsikal awak?” soalnya kepada Din. Mereka berbual seketika dan Din menghulurkan sampul surat berisi dadah serta satu kertas bagi ditandatangani wanita tersebut.
Din berkata dia selalunya menggunakan motorsikal dan pelanggan perlu menandatangani di dokumen apabila tempahan beralih tangan.
“Macam perkhidmatan kurier,” katanya. Saya hairan dengan taktik sedemikian.
Bagi ganja seberat 2.5g, harganya mencecah RM100 atau lebih. Ekstasi pula berharga RM35 ke RM60 sebiji bergantung kepada gred.
Din melakukan 12 penghantaran pada setiap malam dan tidak memberitahu berapa hasil keuntungannya. Tentunya agak lumayan.
Dia mengakui perniagaannya agak baik dan begitu ramai yang mahu dadah dihantar ke muka pintu mereka.
Pengalaman ini membuka mata dan setiap kali saya terlihat perkhidmatan kurier, saya tertanya-tanya samada bungkusan yang dihantar mengandungi sesuatu yang mampu mencetus khayalan...

3 comments:

  1. ada yg cakap ganja tu ubat..cuba google 'manfaat ganja'..tapi dadah yg manusia buat kat makmal tu terang2 bawak penyakit kot..jauhilah drug dan dadah sintetik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan ubat sememangnya dihasilkan dari dadah. Penggunaanya perlu ada prediskripsi pegawai perubatan bertauliah. Yg menjadi masalahnya adalah PENYALAHGUNAAN DADAH.

      Delete
  2. Clever clever squirrel jumping at the end drop to the ground also.
    Lemur always forget trap but the trap never forget the lemur.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa