Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 8, 2014

“Pengakuan kita ini bodoh”

Aku dah kata sebelum ini yang Mahathir hanya perli atau menyindir!

Dr M: Bergantung pada orang asing 'pengakuan bodoh'
mk - 11:47AM - 8 Dec 2014

Berbeza dengan laporan sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik kebergantungan Malaysia kepada orang luar untuk memajukan negara.

Menjawab soalan berhubung pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), Mahathir berkata ia menjadi “pengakuan kita ini bodoh”.

"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

“Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya,” katanya.

Menjelaskan kontroversi kenyataannya sebelum ini, Mahathir menegaskan “orang Malaysia tidak bodoh” dan mempunyai banyak bakat walaupun di zaman British dianggap kolot.

"Tapi nak panggil jadi konsultan (adalah) orang asing. Nak jadi pengarah, orang asing, nampak beri pengakuan kita ni bodoh,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan anggota parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Naina Merican yang mempertikaikan pelantikan Mueller dan mahukan keutamaan diberi kepada warga tempatan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam (i-QAM) anjuran Universiti Utara Malaysia di Hotel Everly di Putrajaya.

Menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa BN sebenarnya tidak mampu menguruskan syarikat penerbangan Dr Mahathir berkata:

"Kerajaan mesti sedar bahawa kita tidak harus mengaku bahawa kita tidak ada kebolehan.

"Kalau kita percaya bahawa kita tidak ada kebolehan, kita jangan jadi kerajaanlah," katanya.

6 comments:

  1. Bukankah dulu Mahathir sendiri yg kata kebanyakan bijak pandai menyertai parti pembangkang, yg tinggal dlm UMNO/BN adalah yg bodoh2 belaka. Jadi, mana mungkin dapat dicari yg pandai dlm BN.

    ReplyDelete
  2. Pirahhh...macam la dia tu pandai sangat. MAS dulu ok je...si kutty ni pribatisekan bagi pada kroni. Habis lingkup dikerjakan tajudin ramli.

    Mahathir jugalah yg memberi kebenaran kepada air asia untuk tetbang ke destinasi mas menyebabkan syarikat kerajaan itu hilang revenue.....
    Mahathit bukan tak tahu masa dia memerintah dulu bahawa the best part (sektor yg paling menguntungkan) diambil oleh tajudin ramli seperti ground services and catering. Tetapi tidak pulak diperbetulkan hongga mas hsmpir bangkrupt baru dibsol out guna duit pembayar cukai.
    Sekumpulan penyamun mengkritik sekumpulan lanun yang lain....

    ReplyDelete
  3. Malaysian Airlines ni tsk perlu ambil expatriate untuk uruskan...bagi saja pada.Ibtshim Ali tak pun Din Ayam menantu Hadi jadi CEO. Boleh ayah mentua kerap pi London bils sidang dewan rakyat bermula. Kalau rugi juga boleh panggil ustsz2 UG sembahyang hajat beramai2....

    ReplyDelete
  4. Orang orang Melayu bahalol , MAS boleh buat untong tapi melayu melayu ketua nya suroh bankrap kan MAS tuk kaya kan Melayu 2-3 kerat.

    Itu yang bodoh. Mahathir tak salah , dia mamak.

    Melayu yang bahalol dari ketua hingga ke chairman sekali , lahanat bahalol.

    ReplyDelete
  5. lebih baik ambil org luar yg jujur, telus dan berkebolehan drpd org tempatan yg ada sedikit kebolehan TAPI rembatnya lebih

    ReplyDelete
  6. Alaa...bagi je kat Madir menerajui Mas. Tahulah dia apa nak buat. Panggil Tajuddin, panggil Kazanah. Terlajak untung punya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa