Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 6, 2014

Ha..Haa.....Aku Pun Dah Lupa Pekara Ini!

Kenapa belum daftar automatik pengundi 21 tahun, tanya bekas pengerusi SPR
Muhafandi Muhamad,Astro Awani |Kemas kini:Disember 06, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 06, 2014 16:09 MYT)

Kenapa belum daftar automatik pengundi 21 tahun, tanya bekas pengerusi SPR
Kenapa belum daftar automatik pengundi 21 tahun, tanya bekas pengerusi SPR
KOTA BAHARU: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mempersoalkan kenapa cadangan pendaftaran pemilih secara automatik melalui sistem dalam talian belum lagi dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia yang mencecah umur layak mengundi 21 tahun.

Katanya, cadangan itu pernah dikemukakan kepada kerajaan oleh SPR semasa beliau mempengerusikan suruhanjaya berkenaan.

Jelas Abdul Rashid, pelaksanaan pendaftaran seperti di negara-negara maju itu penting bagi mengelakkan keciciran pemilih baru yang bertambah setiap tahun apabila seseorang warganegara mencapai umur 21 tahun.

"Jadi buat macam apa yang dilakukan oleh negara maju, Singapura pun laksanakan. Ini boleh diaturkan dengan baik. Saya tak nampak masalahlah, sebagai orang lama dalam bidang ini.

"Cadangan ini lama dah bawa. You kena tanya kerajaanlah pasal apa, saya pun hairan kenapa tak boleh diterima," katanya kepada Astro AWANI di Kota Bharu.

Abdul Rashid yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ditemui selepas merasmikan mesyuarat Perkasa Parlimen Pasir Puteh pada Sabtu.

Menurut Abdul Rashid, ada lebih 2.6 juta rakyat Malaysia yang layak memilih belum berdaftar sebagai pengundi manakala dianggarkan 300,000 ribu warganegara mencecah umur 21 tahun pada setiap  tahun.

Jelasnya lagi, majoriti yang tidak berdaftar itu terdiri dalam kalangan pengundi Melayu dan dianggarkan mencecah sehingga 70 peratus, dan katanya, ini merugikan semua pihak.

Abdul Rashid juga menegaskan pendaftaran secara automatik itu bukan bermakna seseorang pemilih berdaftar diwajibkan mengundi kerana seseorang pemilih berhak mengundi mana-mana parti politik.

Cuma, katanya, adalah menjadi tugas kerajaan untuk memastikan semua rakyat yang layak mengundi berdaftar untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dalam sistem demokrasi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa