Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 6, 2014

Burukkan ulama: Ulama atau 'Individu' tertentu?

Pada aku bukan Ulama tetapi segelintir individu yang digelar 'Ulama'
Soalnyan kenapa?
Dan kenapa baru sekarang isu ini timbul?
Pernahkah mereka ini mebuat penilaian diri sebelum salahkan orang lain?

Jangan terpengaruh usaha burukkan ulama
MOHD SABRI SAID.

PERMATANG PAUH: Mantan Naib Presiden PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok berpesan pada keseluruhan ahli PAS usah termakan usaha memburuk-burukan ulama sebaliknya memastikan benteng akidah semakin utuh dan kuat.

Menurutnya lagi, kejayaan ulama mentadbir terbukti apabila bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat bertahan sehingga 24 tahun dengan slogan 'Membangun Bersama Islam'.

Ketegasan beliau jelasnya, mempertahankan prinsip perjuangan menimbulkan ketakutan dalam kalangan rakan dan musuh.

"Ulama mesti dipertahankan. Para pemuda harus bangun dan jangan leka dengan mainan musuh yang sedang mencari-cari lubang memusnahkan perjuangan yang terbina lama hasil perjuangan orang terdahulu," tegasnya dalam kuliah maghrib di Yayasan An-Nahdhoh malam tadi.

Terang beliau, fenomena penubuhan parti baru bukan perkara baru pada PAS kerana sebelum ini semua parti serpihan PAS dengan sendirinya terkubur.

Sekarang ini apa yang sedang diusahakan oleh sesetengah orang PAS sendiri belum pasti semata-mata mahu menenggelamkan peranan ulama yang menjadi teras perjuangan selama ini.

Justeru itu, kewibawaan kepimpinan menanganinya mesti padu supaya apa yang diagendakan tidak kesampaian sekali gus musnah di tengah jalan.

"Ulama mesti berani ke depan tangani apa juga mehnah yang mendatang agar ia tidak merebak luas menjadi nanah yang boleh pecah mengeluarkan bau yang busuk," ujarnya dalam program kali ke empat selepas Terengganu, Selangor dan Johor.

Hadir sama dalam acara pertama sempena Ijtimak Tarbawi 4.0 itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia,  Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan naibnya Khairil Nizam Khirudin

1 comment:

  1. Jika dulu parti serpihan PAS yg berkubur adalah kerana kepimpinan PAS mengemudi partinya dgn betul. Dlm situasi sekarang PAS itu sendiri berpotensi untuk berkubur atau hidup segan mati tak mahu, gara2 kepimpinan ulama sendiri sudah tidak mengikuti dasar yg betul. Kenapakah mereka mencelarukan keadaan itu? Jika PAS hendak berpolitik kenalah tahu pencaknya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa