Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 2, 2014

Merapu: Kukuh Agama Dengan Akta?

Tarbiah dari mana entah?
Bukankah kukuhkan agama dari dalam diri?
Dalam keluarga?
Dalam Masyarakat yang memberikan kesedaran melalui tarbiah?
Dan seterusnya di dalam kerajaan yang memerintah
Dengan tindak tanduk pemerintah yang berpandukan tali Allah?
Adakah Rasulallah menegakkan Islam dengan akta atau kekerasan?
Bukankah Rasulallah dan sahabatnya mengukuh dan menjaga Islam dengan contoh yang baik dari dirinya dan sahabat?
Kalau semuanya baik dan boleh dijadikan contoh dan teladan, siapakah lagi yang akan mempertikai dan menghina Islam kecuali orang-orang gila dan otak senget!

Adakah benar kita dalam keadaan tertekan?
Kalau terasa tertekan, kenapa tertekan?
Bukankah kerana tindak tanduk kita juga?

Kalau pun ada yang membenci Raja, kenapa?
Pasti ada sebabnya

Apa pun pada umumnya aku tidak menentang Akta itu kecuali ianya disalah gunakan untuk kepentingan politik atau peribadi. Terletaklah pada cara pelaksanaan Kerajaan menggunakan Akta itu.

Akta Hasutan kukuhkan agama
AMINUDIN MANSOR2 Disember 2014

MENCINTAI negara adalah manifestasi cinta yang teragung selain cinta kepada ALLAH dan Rasul, agama, diri sendiri dan ibu bapa. Agama Islam sangat menggalakkan rakyatnya mencintai negara.

Semangat cinta negara mesti dididik sejak seseorang itu di bangku sekolah lagi dan biar berkembang subur dalam jiwa rakyatnya secara berterusan.

Rasa cinta pada negara akan menjadikan setiap rakyat bertanggungjawab untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang meliputi sosial, ekonomi, politik, agama dan juga pendidikan.

Dalam menghadapi apa juga musibah, dugaan dan cubaan rakyat mestilah bersatu dengan dipandukan ilmu.

Melaluinya akan wujud semangat persefahaman, keinginan dan keupayaan untuk mencapai perubahan dan yang lebih mustahak ialah membina maruah dan harga diri.

Bagi bangsa yang telah lama tertekan dan berada dalam kongkongan penjajahan, kemerdekaan adalah pembebasan menonjolkan kedaulatan bangsa dalam pelbagai bidang.

Justeru, langkah mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan dua peruntukan khas dimasukkan iaitu melindungi kesucian Islam dan agama lain daripada dihina dan tindakan keras ke atas mereka yang menghasut Sabah, Sarawak keluar dari Malaysia, sewajarnya mendapat sokongan daripada kalangan mereka yang inginkan Malaysia aman damai dan tidak mempolitikkan perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Membangkang memang senang, mempolitikkan juga memang nampak cantik, tetapi memberikan idea yang baik kepada keamanan dan kestabilan negara agak susah.

Apa yang kita nikmati sekarang adalah berkat kesabaran dan kita harus bersyukur dengan nikmat negara yang merdeka, aman makmur dan sejahtera.

Jika tidak ada semangat tersebut akan hilanglah rasa cinta akan agama dan negara serta luntur semangat patriotisme serta lupa akan sejarah negara.

Melalui semangat patriotisme akan dapat mewujudkan agenda penting iaitu agenda pembinaan bangsa dan negara yang bersatu-padu.

Kemajuan serta pencapaian Malaysia dalam konteks pembinaan negara bangsa telah wujud dengan semangat perpaduan dan kerjasama antara kaum. Apabila perpaduan dan kerjasama tidak wujud lagi maka akan timbul usaha 'pecah perintah' yang diinginkan oleh seseorang pemimpin yang ingin berkuasa.

Sejarah harus difahami dengan berlandaskan fakta yang tepat supaya tidak wujud rakyat dan pemimpin yang 'buta sejarah’ terutama tentang sejarah negara di mana tempat mereka lahir, dibesarkan dan hidup dengan aman dan sejahtera.

Sebagai rakyat juga harus kenal siapa penjajah dan siapa penjarah? Mempolitikkan sejarah boleh membawa pelbagai keburukan dan padah.

Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan satu tanggungjawab setiap rakyat. Kesetiaan kepada raja dan negara yang ditunjukkan oleh setiap warganegara melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur cinta akan negara yang amat penting. Mempertahankan keselamatan harta dan keluarga serta jiwa sangat dituntut dalam Islam.

Sejak dahulu ribuan pejuang kemerdekaan telah gugur di medan pertempuran demi mempertahankan negara. Mereka adalah para syuhada yang mempertahankan negara dengan nyawa hingga ke titisan darah terakhir.

Justeru, Nabi SAW berpesan: “Orang yang tewas melindungi keselamatan hartanya, mati syahid dan yang membela (kehormatan) keluarganya, mati syahid dan membela dirinya (kehormatan dan jiwanya), juga mati syahid.” (Riwayat Ahmad).

Membina generasi terutama anak-anak muda ke arah ketakwaan dan cinta akan negara adalah tanggungjawab kepada semua ibu bapa, guru-guru dan juga pemimpin masyarakat.

Unsur cinta akan negara ini perlu disemai dalam kalangan generasi muda, khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Nilai-nilai cinta akan negara seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan bagi membentuk rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara.

Agama Islam terus dikembangkan sebagai agama rasmi dan agama lain tidak dilarang dalam kehidupan beragama serta dihormati dan tidak dihina.

Antara cara yang perlu rakyat lakukan sebagai menghargai amalan demokrasi di Malaysia termasuklah tidak menghina agama dan budaya kaum-kaum lain, sama ada melalui perkataan mahupun melalui tindakan.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

6 comments:

  1. Abe

    Minta maaf ambo keluar topik. Berita ambo baca dalam harakahdaily, harga minyak RON95 sepatutnya berharga RM 1.70/liter ( harga minyak dunia USD 68/tong) bukan sebagaimana harga kerajaan RM 2.26/liter.

    .............

    HARAKAHDAILY

    RAFIZI Ramli, Ahli Parlimen Pandan mendedahkan bahawa pengiraan harga petrol RON95, RON97 dan diesel tidak telus dan tidak selari dengan harga pasaran dunia.


    Dalam kenataan medianya, beliau mendedahkan bahawa harga rujukan minyak mentah Brent pada hujung minggu lepas mencecah USD68 setong yakni harga sepatutnya sekitar RM1.70.

    Berikut kenyataan penuh Rafizi.

    Pengumuman harga baru tanpa subsidi bagi RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014 membayangkan harga petrol dan diesel akan terus dimanipulasi oleh Barisan Nasional dan menjadi beban utama rakyat di masa akan datang. Walaupun Dato’ Seri Najib Tun Razak menggunakan alasan harga yang dibayar oleh rakyat sekarang adalah mengikut harga pasaran, perbezaan di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan Barisan Nasional adalah terlalu ketara.

    ............

    Maknanya kita ditipu s3banyak RM 0.56/liter. Ini maknanya kalau kita isi minyak ron 95 sebanyak RM 20, harga sebenar kita patut bayar ialah RM 15. Penjimatan sebanyak RM 5 tu.....banyak penjimatan tu! Kalau kita isi Ron 95 RM 50, kita dah boleh jimat RM 12.50!

    ReplyDelete
  2. kukuh agama dengan akta.
    kukuh agama tak boleh dengan hudud.

    apa pendapat admin?

    ReplyDelete
  3. bat8

    Abe tak ambil pot hal ini sebab memang kita semua dah tahu kita dikelentong hidup-hidup!

    Apakah yang kita boleh lakukan walau berapa kerajaan nak kenakan kita, sebab mereka berkuasa.

    Mereka tipu ker, kelentong ker, sembelih ker kita sebagai pengguna dan rakyat marhaen tetap kena bayar juga. Mereka pakai minyak free, roadtax free, driver pun free!

    ReplyDelete
  4. Anon 11:38 AM

    Maaflah saya bukan Ustaz....apa pun pada saya Hudud hanyalah sebahagian dari elimen (hukum) mencega dan tidak terkuat-kuasakan ke atas orang bukan Islam. Bukan juga meliputi semua Hukum yang ada. Tetapi bagaimana pun menghukum dengan Hukum Allah itu wajib.

    Menjaga agama pula tugas semua umat Islam dengan cara berhikmah. Bukannya semata-mata terletak pada penguatkuasaan Akta tetapi kesedaran adalah lebih utama terutama ksedaran manusia yang mengaku Islam itu sendiri. Kalau manusia yang mengaku Islam itu sendiri meremeh Islam dan Hukum Allah, janganlah mengharapkan orang lain menghormati agama kita.

    Itulah pandangan saya yang tak reti sangat tentang agama ni.... tk

    ReplyDelete
  5. "langkah mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan dua peruntukan khas dimasukkan iaitu melindungi kesucian Islam dan agama lain daripada dihina".

    Kenyataan tersebut lebih kurang sama dengan kenyataan kontroversi Ketua Pengarah JPJ yang mengatakan pengunaan no. plet kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi boleh mendatangkan kemalangan kepada pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.

    Mungkin inilah yang dikatakan "banggang" oleh Najib (berbalik kepada beliau sendiri).

    ReplyDelete
  6. Bila penguasa Bahalol di beri kuasa , nescaya apa apa tindakan nya juga akan bahalol.

    Common sense kan ????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa