Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 2, 2014

Giler: Lebuhraya Ke Ape Ni?

Inilah Lebuhraya Paling Extrem Hanya Di Rusia
Lebuhraya Amur-Yakutsk merupakan sebuah lebuhraya persekutuan yang terletak di Republik Sakha (Yakutia), Rusia yang menghubungkan Yakutsk dengan bahagian selatan. Walaupun ia merupakan lebuhraya persekutuan, ia hanyalah jalan tanah. 

Apabila musim sejuk, ia akan menjadi sebuah jalan raya yang baik dan had laju yang diberikan adalah 70 kilometer sejam. Walaubagaimana pun, pada musim panas dengan kadar penurunan hujan yang kerap, jalan raya ini akan bertukar menjadi sebuah jalan lumpur yang mampu menyekat sebarang pergerakan kenderaan dari yang kecil hingga yang besar.

Dikatakan bahawa jalan ini akan menjadi permukaan yang berlumpur sedalam 1 meter setiap musim panas untuk 2 3 bulan (biasanya bulan Julai dan Ogos). Pada musim luruh pemukaan jalan ini akan membekukan kembali dan menjadi lebih baik.

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di bawah, Lebuhraya Lena berada dalam keadaan yang cukup baik pada musim sejuk. Tetapi semasa di musim panas jalan ini bertukar menjadi lebuh raya yang mengerikan dan menakutkan.
 
 
 
 
 
 
 
 

1 comment:

  1. Jika pemegang konsesi Plus boleh kowtim dgn kerajaan Russia bina lebuhraya berkualiti dan dikenakan tol, boleh jadi super mega mega jutawan nih. Maka kadar tol yg dikenakan di Malaysia bolehlah dikurangkan atau dimansuhkan, untuk ambil berkat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa