Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 3, 2014

PAU: Lebih bahalol isi perdebatan itu, lebih kuat tepukannya!

Jangan mare...itukan realiti?

Dalam perhimpunan Umno, semakin bodoh perdebatannya, semakin kuat tepukan berbunyi
Dikemaskini 04:14PM Dis 03 2014 - Ng Kee Seng


ULASAN: Sudah tentu rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tahu apa yang akan dicetuskan dalam debat perhimpunan agung Umno setiap tahun.
Tetapi, adakah apa-apa peningkatan dalam kualiti dan kecerdasan perbahasan itu? 
Berdasarkan tepukan yang didengari, lebih bahalol isi perdebatan itu, lebih kuat tepukannya. 
Umno merupakan parti dominan dalam Barisan Nasional (BN), jadi dasar dan perbahasannya akan mempengaruhi halatuju Putrajaya.
Tetapi adakah perwakilan-perwakilan Umno mengutarakan persoalan-persoalan yang penting, yang memberi kesan kepada rakyat dan negara? 
Adakah mana-mana perwakilan bertanyakan:
> Mengapakah hutang persekutuan Malaysia mencecah beratus-ratus bilion ringgit, mungkin trilion, dan semakin meningkat?
> Mengapakah harga petrol tidak diturunkan walaupun harga minyak mentah jatuh kepada AS$72 (RM234) daripada AS$ 100 (RM325) setong?
> Mengapakah kontrak-kontrak dan projek kerajaan mahal dan penyiapannya mengecewakan, seperti “Pelabuhan” KLIA2 baru-baru ini dan perolehan-perolehan yang amat mahal, seperti yang dibangkitkan dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara?
> Walaupun kaya dengan sumber semula jadi, termasuk minyak dan gas, mengapakah selepas 57 tahun pemerintahan Umno yang menerajui Perikatan-BN, ramai Melayu masih miskin di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar ?; dan 
> Mengapakah majoriti Melayu yang kaya dan teramat kaya hanya datang dari golongan elit Umno dan kroni mereka?
Untuk perwakilan Umno, soalan-soalan di atas bukanlah perkara penting bagi rakyat Malaysia dan Malaysia.
Bagi mereka adalah penting untuk menghentam orang bukan Melayu, terutamanya kaum Cina. Adalah penting bagi mereka untuk menuntut:
> Kawalan yang lebih meluas terhadap ekonomi negara untuk meningkatkan pendapatan Bumiputera agar setanding dengan masyarakat lain (itulah yang kerajaan yang diterajui Umno telah lakukan sejak 57 tahun yang lalu!);
> Supaya Umno mengawal kerajaan (Bukankah ia sedang mengawalnya? Oh tidak! Ia dikuasai golongan fanatik perkauman dan agama pro-Umno);
> Supaya Ketua Wanita "lembu dan kondo" Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat jawatan yang lebih baik (oh, semuanya demi rakyat dan negara);
> Supaya Dasar Ekonomi Baru digantikan dengan MEB (Model Ekonomi Baru) untuk membantu Bumiputera (mengapa bukan semua rakyat Malaysia?) Barang lama, bungkusan baru;
> Bahawa kaum Cina di Pulau Pinang telah mendapat keuntungan daripada aktiviti-aktiviti haram seperti maksiat dan perjudian (jadi, adakah Umno maksudkan yang polis tidak berguna? Atau, adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak boleh pakai? Atau adakah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertanggungjawab ke atas tugas polis?) ;
> Pembangkang "cemburu" dengan kejayaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) (Mengumpul hutang sehingga RM38 bilion adalah satu kejayaan bagi Malaysia?);
> Yang hanya BN dapat memenuhi keperluan masyarakat Cina (sudah pastinya, seperti seruan Umno untuk memansuhkan sekolah jenis kebangsaan, memboikot perniagaan Cina (Mengapa? Mereka tidak membayar cukai?) dan melucutkan kewarganegaraan individu-individu tersebut hanya kerana mereka mengkritik kerajaan dan perdana menteri; dan
> Supaya kerajaan persekutuan berhenti membuang wang dengan melabur di kawasan-kawasan pembangkang, terutamanya Pulau Pinang (Mengapa? Bukankah Pulau Pinang milik Malaysia? Oleh itu, haruskah warga-warga Pulau Pinang yang terlibat harus berhenti membayar cukai, dan sebaliknya membayar kepada kerajaan Pulau Pinang? Masalahnya ialah perwakilan-perwakilan Umno ini tidak dapat membezakan antara politik dan tadbir urus yang baik.)
Di atas adalah beberapa isu-isu kebangsaan "pintar" yang dibangkitkan oleh perwakilan-perwakilan Umno.
Setiap tahun, mereka hanya taksub terhadap usaha menuntut supaya adanya lebih banyak tongkat dari kerajaan BN yang diterajui Umno, tetapi golongan miskin luar bandar dan bandar terus berkembang. 
Sebelum perhimpunan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa Umno Selangor dan negeri-negeri lain untuk berfikir di luar kotak secara serius, bagi memperbaiki parti itu dan mendapatkan semula sokongan ramai rakyat Malaysia. 
Adakah mereka mendengar nasihat Najib? Melalui pusingan U-nya berkenaan Akta Hasutan, adakah Najib sendiri menunjukkan sikap kepemimpinannya dalam memperbaiki Umno?
Dengan menayangkan klip video berat sebelah mengenai keganasan kaum dan pertumpahan darah 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 (45 tahun yang lalu!), adakah Najib menampakkan ketiadaan pandangan jauhnya untuk mengubah Umno menjadi sebuah parti untuk rakyat Malaysia dan Malaysia?

2 comments:

  1. Kualiti otak otak mereka mereka dalam PAU amat burok tahap Bahalol. Hanya bahalol saja bangga ber sama kawanan Bahalol.

    Teringat pulak kawanan Sepilok gsgal hadir PAU.

    Banyak cakap , banyak taik , semua tisda nilai tahap sampah.

    Tengok muka muka sah macam sampah pun. Bsngsa tetap papa kedana , miskin , malas dan harap BR1M dan duit kppi Cina tuk makan minum juga kenduri kahwin.

    Bahalol itu ialah orang orang Melayu.

    ReplyDelete
  2. sebenarnya nak kata suma bahalol pun tak betul juga. geng umno yg dok kebas duit tu taklah bahalol(di dunia) sebab dapat hasil(di akhirat nanti tanggung le!). yg betul2 bahalol tu adalah mereka yg menang sorak tapi habuk apa pun tak dapat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa