Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 11, 2014

Yan Dirempuh ‘Tsunami’

Rumah dilanda ‘tsunami’
Oleh Zuliaty Zulkiffli
SEORANG penduduk mengemas barang setelah rumahnya dilanda banjir kilat di Jalan Masjid, Kampung Raut.

Yan: "Rempuhan arus deras itu menyebabkan cermin tingkap nako pecah, manakala pintu kayu bergegar seolah-olah berlaku 'tsunami' menyebabkan rumah ditenggelami air bercampur lumpur sedalam hampir satu meter. Namun begitu, saya berjaya menyelamatkan diri dengan ke tingkat atas bersama ahli keluarga lain."

Begitu kata Mat Saad Din, 71, apabila rumahnya antara 15 buah rumah yang mengalami kerosakan akibat ditenggelami air lumpur dalam kejadian banjir kilat di Jalan Masjid Kampung Ruat, di sini, berikutan air Sungai Ruat melimpah berikutan hujan lebat, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Mat Saad berkata, ketika kejadian, dia dan isterinya, Aminah Man, 56, hanya mampu memujuk tiga cucu berusia satu hingga enam tahun yang tinggal bersamanya di rumah itu sempena cuti persekolahan bagi memastikan mereka tidak turun ke tingkat bawah.

Katanya, mereka sekeluarga hanya mampu berdoa supaya tiada kejadian buruk berlaku kerana bimbang paras air semakin naik dan boleh menyebabkan paras air makin bertambah sekiranya hujan lebat berterusan.

"Saya kemudian ke tingkat bawah dan memegang kerusi batu di halaman untuk mengelakkan ia dihanyutkan walaupun ketika itu paras air mencecah sehingga ke paras leher, tetapi bersyukur kerana dapat menyelamatkan diri.

4 comments:

  1. Bala dan peringatan dari Allah SWT jangan menongkat langit selalu.

    ReplyDelete
  2. Jika ia berlaku di Kelantan, PP atau Selangor tentu ramai macai Umno yg bangang2 menampilkan diri untuk menunjukkan kpd kita bahawa mereka itu bangang. Tapi jika kejadian itu berlaku selain drp 3 negeri tadi, mereka menggunakan masa itu untuk menggilap kebangangan mereka, supaya bila mereka muncul nanti kebangangan mereka lebih terserlah.

    ReplyDelete
  3. Bantuan tak hulur simpati pun tak ada. Kasihan lah pada yang menderita dek bencana tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa