Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 16, 2015

PAS atau Tuan Ibrahim?

Nampak sangat hanya Tuan Ibrahim saja banyak bercakap memihak pada rakyat/Bersih tetapi yang lain dalam PAS hanya diam
Yang menyokong Najib pada mulanya pun terdiam.......kenapa?
Adakah Tuan Ibrahim melawan arus atau diarah untuk bercakap?
Sebab terlajak perahu boleh diundur.......

PAS pertahan Bersih 4, serah pada rakyat nilai himpunan baju merah
Published: 15 September 2015 1:56 PM
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan sama ada penganjur akan akur dengan larangan yang dikenakan, dan jika perhimpunan baju merah tersebut akan diberi bil pembersihan selepas ia selesai seperti Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 September, 2015.

Rakyat akan menilai perhimpunan baju merah esok, dengan memberi perhatian khusus kepada tindakan pihak polis dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, kata PAS hari ini.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, orang ramai akan membandingkannya dengan reaksi pihak berkuasa itu terhadap perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung hujung bulan lalu.
"Sebelum himpunan bermula, sudah ada insiden membakar patung. Ini sudah mengalah insiden memijak gambar di Bersih 4," katanya.
Beliau merujuk tindakan ahli Umno yang membakar patung dua pemimpin DAP dengan tindakan segelintir peserta Bersih 4 yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Apakah ada yang lebih menjengkelkan di perhimpunan 16 September nanti?" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
"Apakah pula nilai bil membersihkan Kuala Lumpur yang akan diterima penganjur selepas perhimpunan nanti?
"Apakah pihak berkuasa boleh bertindak secara konsisten dan adil?" soalnya merujuk pula bil pembersihan RM65,000 yang dikeluarkan kepada kumpulan pemantau pilihan raya Bersih 2.0, selaku penganjur Bersih 4.
Menegaskan PAS melarang ahlinya menyertai himpunan itu, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan sama ada penganjur akan akur dengan arahan Kementerian Dalam Negeri yang melarang peserta daripada berhimpun di tiga lokasi panas iaitu Jalan Petaling, Bukit Bintang dan Plaza Low Yat.
"Persoalannya, apakah penganjur akan akur dengan larangan ini?" soal beliau.
Sambil mengatakan rakyat boleh menilai sejauh mana himpunan itu akan berjaya menarik sokongan akar umbi Umno untuk berhimpun, beliau turut membangkitkan persoalan, sama ada ia akan dianggap menggangu peniaga sepertimana tuduhan yang dilemparkan terhadap Bersih 4.
"Apakah kedai tidak perlu ditutup dan peniaga akan mendapat manfaat dari himpunan tersebut?
"Apakah ia akan mengganggu jalan lintas? Apakah sentimen perkauman akan dimainkan?" soalnya.
Beliau turut menegaskan PAS tidak bersetuju dengan kedua-dua tindakan provokasi itu – memijak gambar pemimpin Umno dan PAS dan membakar patung pemimpin DAP.
Namun katanya, PAS jelas berbeza dengan Umno kerana Hadi memaafkan si pelaku, manakala Umno bertindak membalasnya dengan insiden membakar patung.
"Presiden PAS memaafkan tindakan kedua mereka. PAS cuma menegur, satu reaksi biasa daripada organisasi yang sihat, apabila melihat pemimpinnya dijadikan bahan provokasi oleh golongan yang tidak bermoral.
"Lihatlah bagaimana ahli Umno bertindakbalas dengan upacara membakar patung pemimpin pembangkang sebelum perhimpunan baju merah yang bakal diadakan esok," kata Tuan Ibrahim.
Insiden bakar patung bukan sahaja tindakan tidak bertanggungjawab malah hanya memberi imej buruk kepada parti Melayu itu, katanya.
Beliau juga menyentuh mengenai satu lagi program, perhimpunan hijau yang bakal diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Baru pada 17 Oktober depan.
"Rakyat juga akan menilai apakah himpunan ini mempunyai insiden yang melampau, ataupun mengganggu peniaga dan juga kerjasama antara polis dan penganjur?
"Sebagai rakyat yang bakal menentukan kerajaan, perhati dan nilailah himpunan kuning anjuran Bersih, himpunan merah anjuran Umno dan hijau anjuran PAS," katanya.
Katanya, ia dapat membantu rakyat berfikir, meneliti dan menilai bagaimana bentuk kerajaan yang diinginkan dan sama ada bakal pemimpin mereka benar-benar dapat melaksanakan amanah. – 15 September, 2015. - sumber

13 comments:

  1. Apa yang keluar dari selain dari Haji Hadi, munkin boleh dipercayai, tapi tak boleh diambil pakai kerana dalam PAS Hadi ada kuasa veto. Apa Hadi kata itu kata PAS. Lontaranan idea TITM boleh diterima dan beliau diatas jalan lorong yang betul. Selagi diktator itu masih berkuasa apa apa pandangan TITM berakhir dengan menyiram air kepasir aja.

    ReplyDelete
  2. mmg kena pada tempatnya kiasan babi oleh Pas terhadap macai dan balaci Dap................... kalau nak tahu lebih lanjut pasal 'babi' ni sila pi lihat kat blog Ibnu Hasyim mengenai pendedahan En Razali bekas org kuat Dap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anjing bukan salak bukit tp salak babi di tepi bukit. Pun anjing jng lupa di kaki bukit dan gua ada manusia yg belum diambil cakna menyiapkan rumah mereka seusai banjir besar melanda.

      Delete
    2. sapa pulak yg jd anjing , yg menyalak k babi bukit tu ? hehehe... bong ok sngguh lah hh ni..

      Delete
  3. Hanya Hadi dan Harun saja suara PAS sebenar..mereka ada kuasa VETO..yang lain suara nyamok dan jebon..tolol dan anjing..babi dan barua..broker semua tu..Hanya suara Hadi dan Harun saja berkuasa dalam PAS..Walaun semua cakap kosong..

    ReplyDelete
  4. selagi hadi sbg presiden ada kuasa mutlak, kita jgn percaya pd titm. ini semua mainan mrk sptmn mrk menggunakan isu hudud utk menguasai pas.

    cuba tanya titm, apa jadi dgn hudud? knp tak failkan lg?

    rafizi dah failkan ruu persendirian utk memecat pm.

    hadi bila lg???

    ahmad yakob pun janji nak letak jwtn kalau hudud tak laksana pada tahun ini... bersedialah kosongkan pejabat...

    Ingin juga saya ketengahkan cebisan menarik penulis MSO, di penghujung 2014, “MB Datuk Ahmad Yaakob pernah berkata sekiranya hukum hudud tidak dilaksanakan tahun depan (2015) beliau akan letak jawatan sebagai MB. Exco agama Nasaruddin Daud juga menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan pada 2015.”

    Datuk Nik Amar Nik Abdullah, “Kita tunggulah Oktober (2015) nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisan,” sepertimana yang dilapor dalam sinar harian pada 20/6/2015.

    dah siap peluru meriam roket???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nik Amar memang buta kayu betul la cuba tipu ahli PAS yang RUUP akan dibentangkan dalam sidang parlimen bulan 10 ni. Ini menipu ataih darat. Diq sebagai bekas MP Pengkalan Chepa xkan pura2 xtqhu yqng sidang larlimen bulan oktober setiap tahun adalah sidang untuk bentqng dan luluskan bqjet tahun berikutnya.

      Ini lah tradisi sidang parlimen bulan oktober setiap tahun. Keseluruhan sidang parlimen diguna untuk bentang bajet, bahas bajet dan melukuskan bajet. Kerajaan xbawak apa2 rang undang2 baru dalam sidang parlimen ini kerana khusus untuk bajet.

      Jadi kita dah boleh agaklah dimana duduknya RUUP kali ni. Jawabnya kena kencing kali ke 3 la. Nik Amar sengaja nak bohong nak tutup kegagalan dia dan PAS nak bentang RUUP kat parlimen. Tqk caya pi s3mak rekod hansard parlim3n sejak 5 tqhun lepas ade tak rqng undang2 yqng dibawa dalam sidang parlimen bulan oktober.....

      Delete
  5. selagi hadi ada kuasa mutlak, kita jgn tertipu dgn kata2 titm. ucapannya hanya penyedap telinga aje. dia adalah salah sorg yg main air ditasik kenyir sms perhimpunan pas perak dulu.

    Datuk Nik Amar Nik Abdullah, “Kita tunggulah Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisan,” sepertimana yang dilapor dalam sinar harian pada 20/6/2015.

    dah siap ke peluru bom meriam roket utk berperang?

    Ingin juga saya ketengahkan cebisan menarik penulis MSO, di penghujung 2014, “MB Datuk Ahmad Yaakob pernah berkata sekiranya hukum hudud tidak dilaksanakan tahun depan (2015) beliau akan letak jawatan sebagai MB. Exco agama Nasaruddin Daud juga menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan pada 2015.”

    adakah dah bersedia utk kosongkan pejabat?

    bila DAP menyatakan kesediaan utk membina masjid utk penduduk pasir tumboh, gua musang... nik amar ada buat kenyataan bhw kerajaan negeri telah menyediakan peruntukkan utk membina masjid dikg itu.

    MASJID TU DAH SIAP KE BELUM?

    dr buat perhimpunan hijau, lebih baik gunakan duit tu utk buat rumah penduduk yg masih tinggal dlm khemah. DAP buat rumah dikelantan tak guna duit kerajaan Kelantan...

    ReplyDelete
  6. selagi hadi ada kuasa mutlak, kita jgn tertipu dgn kata2 titm. ucapannya hanya penyedap telinga aje. dia adalah salah sorg yg main air ditasik kenyir sms perhimpunan pas perak dulu.

    Datuk Nik Amar Nik Abdullah, “Kita tunggulah Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisan,” sepertimana yang dilapor dalam sinar harian pada 20/6/2015.

    dah siap ke peluru bom meriam roket utk berperang?

    Ingin juga saya ketengahkan cebisan menarik penulis MSO, di penghujung 2014, “MB Datuk Ahmad Yaakob pernah berkata sekiranya hukum hudud tidak dilaksanakan tahun depan (2015) beliau akan letak jawatan sebagai MB. Exco agama Nasaruddin Daud juga menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan pada 2015.”

    adakah dah bersedia utk kosongkan pejabat?

    bila DAP menyatakan kesediaan utk membina masjid utk penduduk pasir tumboh, gua musang... nik amar ada buat kenyataan bhw kerajaan negeri telah menyediakan peruntukkan utk membina masjid dikg itu.

    MASJID TU DAH SIAP KE BELUM?

    dr buat perhimpunan hijau, lebih baik gunakan duit tu utk buat rumah penduduk yg masih tinggal dlm khemah. DAP buat rumah dikelantan tak guna duit kerajaan Kelantan...

    ReplyDelete
  7. selagi hadi ada kuasa mutlak, kita jgn tertipu dgn kata2 titm. ucapannya hanya penyedap telinga aje. dia adalah salah sorg yg main air ditasik kenyir sms perhimpunan pas perak dulu.

    Datuk Nik Amar Nik Abdullah, “Kita tunggulah Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisan,” sepertimana yang dilapor dalam sinar harian pada 20/6/2015.

    dah siap ke peluru bom meriam roket utk berperang?

    Ingin juga saya ketengahkan cebisan menarik penulis MSO, di penghujung 2014, “MB Datuk Ahmad Yaakob pernah berkata sekiranya hukum hudud tidak dilaksanakan tahun depan (2015) beliau akan letak jawatan sebagai MB. Exco agama Nasaruddin Daud juga menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan pada 2015.”

    adakah dah bersedia utk kosongkan pejabat?

    bila DAP menyatakan kesediaan utk membina masjid utk penduduk pasir tumboh, gua musang... nik amar ada buat kenyataan bhw kerajaan negeri telah menyediakan peruntukkan utk membina masjid dikg itu.

    MASJID TU DAH SIAP KE BELUM?

    dr buat perhimpunan hijau, lebih baik gunakan duit tu utk buat rumah penduduk yg masih tinggal dlm khemah. DAP buat rumah dikelantan tak guna duit kerajaan Kelantan...

    ReplyDelete
  8. Pembakaran terbuka ketika jerebu.... berapa kompaunnya?

    ReplyDelete
  9. sekurang2nya Tuan Ibrahim lebih terserlah otaknya yang jauh lebih intelek dari totok2 lain dalam PAS walaupun yang ada gelaran Dr. pada nama mereka...malah Tuan Ibrahim lebih baik dari semua menteri2 BN sekarang yang otak kat lutut.

    ReplyDelete
  10. apa apa pun di harap bersabar le apa kah tindakan yg akan di ambil oleh pengundi pada PRU14 nanti,pas akan hanyut ke tidak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa