Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 14, 2015

Mengenali Siapakah Ulama

Posted on Monday, September 14 @ 09:12:29 MYT by paktam

• Ulama ialah yang mengenali syariat Allah, faqih dalam agama, beramal dengan ilmu, mengikut hidayah yang Allah kurniakan kepada mereka dengan hikmah.

• Ulama ialah golongan yang Allah jadikan sebagai tiang kepada manusia untuk bersandar dan bergantung dalam permasalahan fiqh, ilmu urusan agama dan dunia, seperti kata al-Tabari dalam Jami’ al-Bayan (3/327).

• Ulama ialah ahli fiqh Islam dan fatwa berkisar daripada pendapat mereka di kalangan manusia yang mana mereka dikhususkan untuk istinbat hukum dan begitu prihatin dalam mendhabitkan qawaid halal daripada yang haram. Lihat I’lam al-Muwaqi’in (1/7).

Ulama ialah pemimpin agama yang telah mencapai kedudukan besar dengan sebab mereka berijtihad, sabar dan sempurna keyakinan, seperti firman Allah SWT:
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
Maksudnya: Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (Surah al-Sajdah: 24)

• Ulama ialah golongan yang masyarakat dan umat ini belajar dan bertafaqquh dalam ilmu agama yang kemudian menyampaikan dakwah serta peringatan.

• Ulama ialah petunjuk kepada manusia yang sentiasa wujud di sepanjang zaman untuk membela agamanya.

• Ulama ialah ketua Jemaah yang diperintahkan kita beriltizam dengannya dan melarang kita daripada berpisah daripadanya.

9 comments:

  1. Admin dpt pahala sekali ini.semoga dpt menebus dosa dosa lalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bergantung pd niat juga jika niat nak menghina mungkin tak dpt.jika niat nak menyatakan kebenaran mungkin dpt.semoga kita semua mendapat keberkatan dr apa yg kita lakukan

      Delete
  2. Apakah Presiden PAS se orang Ulamak ????

    Barua ????

    Tolol ???

    Semak !!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Hj hadi dan hj harun dah sampai tahap ulamak ke? Kalau setakat nak menghukum umat ramai lagi dalam Pas! Yg boleh jadi ulamak. Amacam dgn hudud? Amacam dgn talak?

    ReplyDelete
  4. Ulama dimata korang hanya Ustad Ahmad Awang yang terkedepan didalam menangani isu-isu bergambar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe..UAA x prnah keji org walaupun dia mrh..hahahah..akhlak ulamak kne jaga beb

      Delete
    2. UAA x prnh keji org bl marah..akhlak ulamak kne jaga beb..kata pewaris NABI

      Delete
  5. Ulama pewaris Nabi sudah tentulah menjaga akhlaknya sebagaimana Nabi s.a.w. berakhlak. Tetapi individu yang digelar ulama yang terdapat dalam artikel ini, berakhlak lebih teruk daripada hampas!

    ReplyDelete
  6. Den sampai sekarang ni dok tertunggu2 fatwa ataupun pendirian ulamak2 PAS terutama Hj Hadi dan Harun din berkenaan duit derma Najib yang sudah diSAHkan oleh SPRM sendiri. Atau, boleh ke ulamak2 berdiam diri takut nak memperhebahkan sesuatu pendirian atau fatwa kerana takut medapat risiko jika berbuat demikian? Takut manusia dan takut kehilangan dunia LEBIH dari takut Allah?

    Akhbar kapir dah buat pendirian, orang2 kapir yang datang masa IACC semua dah bangun menyatakan pendirian tapi ulamak2 PAS dan Mesia dok senyap lagi macam tikus? Den hanya boleh tepuk dahi je tengok kelakuan orang2 yang mengaku dari golongan ulamak ni... Masihkah ada lagi yang bertanya kenapa Islam masih belum bangkit juga di Mesia ni??? Sapa2 yang dok bertanya tu adalah mereka2 yang masih lagi dok berangan, bermimpi dan tidur lagi! kalau mereka tu celik dan tidak terlena mereka tidak akan bertanya soalan poyo tu lagi! Jika mereka tidak terlena mereka akan dapat melihat dan kenal dengan ulamak2 kat Mesia ni!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa