Dalam isu Bersih dilah ke depan
Baju Merah pula........bisu?
Malu aku........ni Tok Peti negeriku!
Mufti perlu keluar fatwa atas himpunan baju merah, kata Abim
TMI- Published: 15 September 2015 10:07 AM
Baju dijual bertemakan Himpunan Maruah Melayu. Presiden Abim menggesa mufti-mufti mengeluarkan fatwa mengenai perhimpunan baju merah yang akan diadakan esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 September, 2015.
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa para mufti bersuara bagi mengeluarkan fatwa atau penjelasan hukum mengenai perhimpunan baju merah yang bakal diadakan esok, lapor Sinar Harian hari ini.
Presidennya Amidi Abdul Manan menuntut mufti berbuat demikian agar rakyat tidak nampak seperti adanya sikap berat sebelah di kalangan agamawan.
"Jika dulu Mufti Kelantan (Datuk Mohamad Shukri Mohamad) kata, Bersih 4 haram, maka beliau juga patut buat penegasan untuk perhimpunan baju merah ini.
"Jika mufti berdiam diri, akan beri imej tidak baik, kerana dikatakan tidak berlaku adil," beliau dipetik berkata akhbar itu.
Beliau menyifatkan tindakan penyokong perhimpunan baju merah itu yang membakar patung-patung menyerupai penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai perbuatan melampau.
Peserta himpunan tidak sepatutnya membangkitkan kontroversi apatah lagi melibatkan kaum, kata Amidi.
"Ini satu contoh tidak baik, pihak berkuasa perlu bertindak seperti mana yang berlaku pada peserta Bersih 4 yang lalu.
"Mereka patut lebih rasional, saya juga tidak rasa ahli Umno yang lain merestui perbuatan sedemikian," katanya.
Himpunan baju merah atau Himpunan Maruah Melayu, anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), dijadualkan berlangsung esok di Padang Merbok, Kuala Lumpur. – 15 September, 2015.
Abis lu bersih pijak, ludah, kencing, maki, sembah mayat gambar orang tak melampau??
ReplyDeleteBiasalah tu Tok Peti memang akan membisu bila Peti dah penuh dengan fulus... Tok Peti Al-Fulusi
ReplyDeleteSapa yg bg nama tok peti ni dulu.ha awak ciplak ya encik.tok petipun cari mkn sj encik mcm kawan kawan encik yg lari bawak kerusi tu.jd tak bleh la kita mengata org sgt encik takut kena atas batang hidung sendiri.hal baiah hari tu boleh la buat bising sikit n hal himpunan bersih hari tu.lain lain kena la jaga jaga juga.kesian tok peti.nak bercakap pun susah tak bercakap pun susah.biarlah susah sikit tak kan nak senang senang je mkn gaji.
ReplyDeleteBahalol
ReplyDeleteBila sudah makan gaji gomen , maka otak benggap jadi standard otak gomen
Kalau penipu pon boleh kerja gomen apa lagi lah kalau benggap bahalol
Boleh boleh aja bah!!!!!!!!
Mana org nk hormat dgn mufti2 peliharaan umno ni lagi..petanda dunia dh semakin tua..yg diamanahkan untuk berlaku adil untuk semua berlandaskan agama dah condong ke arah keduniaan...
ReplyDelete