Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 4, 2015

Wang rakyat akan dibazirkan lagi?

Wang rakyat untuk ‘bail out’ Perancis dalam urusniaga senjata Rafale-Mistral? 
07:30PM Sept 03 2015
oleh Hazlan Zakaria

SEKILAS PANDANG: Seperti yang dibangkitkan oleh PKR, Malaysia mungkin akan membuat satu lagi pembelian senjata yang mahal tidak lama lagi. Perkara yang dimaksudkan itu adalah sebuah kapal perang buatan Perancis (sekali lagi). Khabar ini bukan sahaja tentang pembaziran ketika negara berhadapan saat sukar, malah menimbulkan kerisauan akan kemungkinan turut melibatkan rasuah.
PKR mempersoalkan kemungkinan perbelanjaan besar itu jika Malaysia membeli kapal perang Mistral yang berharga RM3.5 bilion, termasuk perbelanjaan tambahan bagi kelengkapan, kru dan penyenggaraan.
Namun selain perbelanjaan pertahanan yang tidak seimbang di saat rakyat bergelut dengan ekonomi, perlu juga disebut bahawa Perancis memang terdesak untuk melepaskan dua kapal perang Mistral yang pada mulanya dibuat untuk Russia.
Menurut laporan, Perancis memungkiri kontrak tersebut untuk menghukum Russia kerana dikatakan terlibat membekalkan senjata kepada puak pemisah di Ukraine.
Akibatnya Perancis perlu membayar pampasan kepada Rusia dan kini ada dua kapal yang perlu dijual.
Selain itu, seperti yang dilaporkan media industri pertahanan, India juga telah membatalkan urusniaga untuk membeli 126 pesawat tempur Rafale daripada firma aeronautik Perancis, Dassault.
Perdana Menteri India Rarendra Modi dilaporkan hanya mahu membeli 36 pesawat itu berdasarkan hubungan kerajaan-dengan-kerajaan, selepas gagal memujuk firma itu untuk bersetuju dengan perancangan pemindahan teknologi oleh India.
Dengan hanya 36 tempahan, industri aeronautik Perancis kini mempunyai lebihan 90 pesawat Rafale.
Kemudian timbullah berita di International Business Times yang Malaysia secara tiba-tiba dikatakan berminat kepada kedua-dua Mistral dan Rafale, seperti yang disebut PKR.  
Walaupun Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein telah menafikan pertanyaan Mistral, beliau mengesahkan yang Malaysia mungkin sedang melihat tawaran untuk menyertakan beberapa pesawat tempur Rafale kepada tentera udara.
Melihat kepada perkembangan ini, pasti ada yang khuatir Malaysia menjadi tempat untuk Perancis melepaskan lebihan kelengkapan ketenteraannya yang gagal dilepaskan sebelum ini.
Jika begitu, adakah kita menjadi tempat pembuangan industri pertahanan?
Adakah wang pembayar cukai akan digunakan untuk membeli persenjataan yang kita tidak perlu, malah tidak mampu?
Apatah lagi kita sebelum ini sudah menjadi mangsa kerajaan sendiri, yang menggunakan dana awam untuk menyelamatkan dan ‘bail out’ syarikat kroni sebelum ini.
Kebimbangan utama kali ini melangkaui ‘bail out’ kepada industri pertahanan negara asing, tetapi kemungkinan timbulnya isu rasuah dan ‘sumbangan’.
Ini kerana seperti yang didakwa dalam kes-kes pembelian persenjataan oleh negara sebelum ini – seperti dua kapal selam Scorpene yang juga daripada Perancis – mungkin juga ada rasuah dan sogokan yang terlibat.
Adakah pegawai Malaysia menjadi subjek kepada ‘derma’ atau rasuah agar setuju dengan apa yang ditawarkan?
Tambahan pula pembelian Scorpene oleh Malaysia masih lagi dalam siasatan mahkamah Perancis, sebagai sebahagian daripada kes terhadap DCNS atas dakwaan melakukan sogokan, selain kes pembunuhan dan salahlaku lain yang berkaitan.
Seperti yang dinyatakan PKR, kerajaan sepatutnya bersikap telus dalam perkara ini dengan menubuhkan jawatankuasa parlimen bagi menyemak perkara ini serta membuka segala maklumat berkaitan kepada orang ramai. Jika tidak kita berhadapan risiko memiliki peralatan ketenteraan yang tidak diperlukan dan dibeli dengan harga yang terlampau tinggi.
Atau lebih teruk, ia berisiko mencetuskan satu lagi skandal yang pasti tidak mampu dihadapi kerajaan.

4 comments:

  1. Alaaaaaa....
    Ada beli misti ada masyukkkkk...
    Mula2 dia masyukk konar2 sikit tapi last2 gi kat mak badak jugakkkk
    Tapi mintK2 la jgn ada awek cun kena C4 plakkk

    ReplyDelete
  2. A Russian team has begun to dismantle telecommunications and control systems from the Mistral helicopter carriers docked at a shipyard in Saint-Nazaire, a French daily reported. The process is expected to last until October.

    Several countries, including Brazil, Egypt, India, Malaysia, Saudi Arabia, Singapore, Vietnam and the United Arab Emirates, are said to be interested in purchasing the amphibious assault ships. The buyer, according to unconfirmed reports, will also be offered to buy Russian-made Kamov Ka-52K helicopters specifically tailored for the Mistrals.

    France has returned Russia all the money for the Mistrals, around 900 million euro. Russia had directly paid 800 million euro for the Mistrals at the time of the contract termination," the official told RIA Novosti.

    Despite the fact that France has transferred all the funds for failing to deliver the Mistrals, France has not yet been given permission by Russia to re-export these ships," the source said.

    ReplyDelete
  3. DAH GAMBAR MAT BAHALOL DENGAN TUYA ADA DALAM POKET PERANCHIS , APA SAJA PON BOLEH DI BUAT

    RAKYAT BODOH. BUDAK MAT BAHALOL PON DI DOKONG NYA.

    DAH BANGKAI BEWAK , BUANG SAJA BAH!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa