Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 8, 2016

RM2.6 bilion dan SRC: Ini janji AG

Peguam negara janji teliti laporan RM2.6 bilion, SRC daripada SPRM
OLEH JENNIFER GOMEZ
Published: 8 January 2016 1:11 PM
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai SRC International dan wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri akan diteliti. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 8 Januari, 2016.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berjanji akan meneliti secara terperinci kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai SRC International dan wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri, tetapi berkata beliau memerlukan masa untuk berbuat demikian.

"Saya sedang mengkajinya dan anda perlu ingat, mereka mengumpul bukti daripada lebih 100 saksi, bukan ada satu fail, failnya setinggi saya.

"Dan perlu ingat, saya harus mengkajinya dengan teliti dan saya memberi jaminan kepada anda, saya akan menghalusi segala bukti yang dikemukakan," katanya kepada pemberita pada pembukaan Tahun Perundangan 2016 di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 31 Disember, Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata agensi itu sudah menyerahkan kertas siasatan selepas menemu bual lebih 100 orang, termasuk penderma RM2.6 bilion itu.

SPRM berkata ia juga sudah menyiasat SRC International berhubung dana RM4 bilion dan bukannya 1MDB.

Shukri berkata, siasatan ke atas wang RM2.6 bilion itu dibuat secara berasingan, sambil menambah ia belum selesai kerana hanya saksi di Malaysia yang sudah disoal.

Katanya, SPRM masih belum mendapatkan dokumen dan kenyataan melibatkan urus niaga kewangan di luar negara dan ia memohon bantuan peguam negara dalam hal itu melalui bantuan perundangan bersama.

Datuk Seri Najib Razak menafikan RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya itu datang daripada 1MDB atau beliau menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadi. – 8 Januari, 2016.

10 comments:

  1. Mcm x ada harapan la
    Kira halal la
    Guna mahkamah akhirat aje

    ReplyDelete
  2. Aku pun rasa camtu...kira2 dah tau dah keputusan nya..x yah tunggu2

    ReplyDelete
  3. Aku pun rasa camtu...kira2 dah tau dah keputusan nya..x yah tunggu2

    ReplyDelete
  4. Yg nak ketawa tu...kertas siasatan dari bank negara pun dia tolak..kata tak lengkap. Dia rasa dia lg bijak dr accountan2. Siasatan dr bank negara beb...bukannya cokai.

    Nampak sangat...nak melindungi..

    ReplyDelete
  5. Fail setinggi saya..
    Jwpn ala mat maslan

    ReplyDelete
  6. Tak tau la aku bro... Jangan taruh harapan yg tinggi kat mamat ni...nanti frust menongging kot.

    ReplyDelete
  7. Janji janji lahap gaji boleh pakai ke ?

    Biasa lah

    ReplyDelete
  8. Tinggal kenangan, gagal semua impian
    Tinggal beryanya, erti 1mdb

    Nyanyian lagu sejati @ 1mdmb olh awie

    ReplyDelete
  9. Ini semua jalan cerita saja,.bila rumusan akhir nanti berbagai tepisan yg timbul,.kononya tiada kes,.macam ada rasa demikian dari berbagai kes sebelum ini,.buat apa je la mamat,...Mahkamah Tuhan nanti tahu la kamu,..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa