Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 8, 2016

Bila masa pulak PAS berikan kerusi pada DAP?

Ada ke pada bila-bila masa PAS punyai kerusi di kawasan majoriti Cina?
Bukankah begitu juga di sebaliknya DAP. Mana ada kerusi DAP di kawasan dominan PAS?
Napelaa....bende melalut macam ni Tuan Ibrahim yang bercakap?

Pas takkan kerjasama, beri Amanah, DAP kerusi
ATIRAH HASLI - 8 DISEMBER 2016
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP menjelang pilihan raya akan datang.

Bertegas untuk tidak memberikan sebarang kerusi buat Amanah dan DAP, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat berikutan rasa kecewa pihaknya terhadap kedua parti tersebut.

"Amanah tidak ada kerusi, macam mana nak bekerja dengan orang yang ada kerusi?

"Saya rasa mereka hanya nak bekerjasama kerana mereka mahukan kerusi. Pas sebelum ini sudah memberitahu, yang kami akan pertahankan kerusi yang ada," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Amanah terdahulu menyatakan kesediaan untuk membuka pintu kepada mana-mana pihak termasuk Pas sekiranya mahu bekerjasama menumbangkan BN.

Timbalan Presidennya, Salahudin Ayub mengumumkan kesediaan itu ketika ditemui pemberita seusai penyerahan memorandum bantahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) ke Istana Negara, Mac lalu.

Menurut beliau, Pas memang bermuafakat bekerjasama dengan rakan-rakan parti politik setiap kali pilihan raya.

Menurutnya, Pas hanya akan bagi kerusi terhadap parti yang bermuafakat dengan mereka pada pilihan raya.

"Amanah keluar bawa lari dengan kerusi sekali. Dah bawa lari kerusi Pas, amanah apa macam tu?

"Yang penting sebenarnya apakah nilai tambah kepada parti yang baharu ditubuhkan? Kalau tarik ahli Umno maka adalah nilai tambah.

"Kalau Amanah (pembangkang) tarik ahli Pas (pembangkang) maka tidak ada nilai tambahnya," bidasnya.

3 comments:

  1. masa allah sombongnya bercakap.ulamak ke kau ni?

    ReplyDelete
  2. bila dah bubar man ada lagi kerusi,semua jadi terbuka untuyk sesiapa sahaj nak bertnding.apalah tak cerdiknya ,mana ada kerusi khas untuk Pas?,jawatan no 2 tapi akal macam budak darjah 5

    ReplyDelete
  3. Lps terpaksa duduk brp jam dengar najib melalut mcm badut di tasik ttwangsa, beginilah jadinya...hahaha. Tgk gambar dia di blog Yongsukakuning

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa