Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 10, 2016

MP Korea yang berani

Usul pecat Presiden Korea Selatan diluluskan 
Agensi |  Disember 09, 2016 22:15 MYT
Usul pecat Presiden Korea Selatan diluluskan
Parlimen Korea Selatan meluluskan usul bersejarah memecat Presiden, Park Geun-Hye berikutan skandal rasuah. - Gambar fail
SEOUL: Parlimen Korea Selatan meluluskan usul bersejarah memecat Presiden, Park Geun-Hye berikutan skandal rasuah.

Keputusan diumumkan Speaker Dewan Negara, Chung Sye-Kyun sekali gus menyaksikan kuasa Geun-Hye selaku presiden digantung.

Undian berakhir dengan 234 menyokong, 56 menentang manakala sembilan undi lagi berkecuali dan tidak sah.

Keputusan melepasi sekurang-kurangnya dua pertiga sokongan yang diperlukan daripada sejumlah 300 kerusi.

Bagaimanapun nasib Geun-Hye kini terletak di tangan Mahkamah Perlembagaan yang akan membuat keputusan sama ada untuk meneruskan usul itu dan menyingkirkan Geun-Hye daripada jawatannya.

Mahkamah juga berhak menolak dan mengembalikan kembali kuasa kepada Geun-Hye.
Perdana menteri akan bertindak selaku pemangku presiden sehingga mahkamah mengumumkan keputusan.

2 comments:

  1. Ahli parlimen malaysia dari BN dan sebagian besar PIS, @ pas hohijihi bisu dan tersumbat mulut....

    ReplyDelete
  2. 56 undi berkecuali tu mesti undi pas!he he he.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa