Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 16, 2016

Muhyiddin jadikan PAS lebih besar kepala

Zaid terkilan PPBM masih mahu cuba peluang dengan PAS

  | December 14, 2016
Bekas menteri itu berkata pendirian kabur PPBM bertentangan dengan sikap Dr Mahathir yang jelas dan tajam.
PETALING JAYA: Sehari selepas perjanjian dengan Pakatan Harapan bagi menjalinkan kerjasama dalam pilihan raya umur, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan mengapa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih mahu kelonggaran untuk berunding dengan PAS.
“Bukan itu sahaja, apabila berunding dengan PAS, ia (PPBM) tidak mahu penglibatan Pakatan Harapan dalam perbincangan kerana PAS alah terhadap DAP dan Amanah,” tulis Zaid yang bagaimanapun menyambut baik memorandum persefahaman yang ditandatangani Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Antara kandungan MoU itu ialah kedua-dua pihak bersetuju berbincang bagi memastikan 1 lawan 1 melawan Barisan Nasional, dan menggunakan satu logo dan manifesto bersama pada pilihan raya umum akan datang.
Muhyiddin bagaimanapun merayu supaya pihaknya diberi peluang terus berunding dengan PAS, yang sebelum ini menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan disebabkan penyertaan musuhnya DAP dan Amanah.
“Kami baru sahaja adakan mesyuarat pertama jadi berikan peluang. Kami sudah tetapkan masa,” kata Muhyiddin.
“Kami hargai kesudian mereka untuk berbincang dan bercakap dengan kami. Itu menunjukkan ada niat atau minat. Cuma kita tak tahu penghujungnya.”
Zaid berkata pendirian Muhyiddin bertentangan dengan sikap jelas Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sepanjang saya mengenalinya, beliau jelas dalam pendekatannya dan tajam dalam tindakannya. Beliau bukan seorang yang kabur bila berdepan isu rumit. Beliau juga setia kepada penyokongnya,” kata Zaid.
Zaid berkata sikap jelas sedemikian harus dicontohi parti politik negara ini, dan merujuk kenyataan berlainan yang kerap dikeluarkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, kenyataan Tuan Ibrahim mengkritik Barisan Nasional (BN) tidak bermakna apa-apa kerana Hadi sebelum ini secara jelas menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Di Malaysia, orang nombor 2 tidak diambil kira, yang menjadi penentu ialah kenyataan nombor 1.
“Rakyat kini menunggu orang nombor 1 dalam Bersatu (PPBM) untuk memberi penjelasan,” kata Zaid merujuk Muhyiddin.

* Bukan saja Zaid yang terkilan, ramai lagi di luar sini. Bukan setakat terkilan tapi dah naik bengang!

2 comments:

  1. Kah Kah Kah....... Dey thamby! Ada rasa sakit hati ka? Semua orang pun mahu kawan sama PAS..... Itu sbb thamby hari2 busuk hati sama PAS.... Ayoyo kadawale!

    ReplyDelete
  2. Mung yg bangang...bodoh sungguh kerana make budu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa