Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 3, 2017

Rewcastle-Brown gagal mengemukakan pembelaan: Rupanya berdasarkan laporan mengarut?

Laporan itu tidak benar, kata editor Sarawak Report
Low Han Shaun
Diterbitkan pada 2 Sep 2017 8:37PM
Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menafikan laporan sebuah akhbar kononnya beliau gagal mengemukakan pembelaannya di Mahkamah Tinggi London. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 September, 2017.

EDITOR Sarawak Report,  Clare Rewcastle-Brown menafikan laporan sebuah akhbar kononnya beliau gagal mengemukakan pembelaannya di Mahkamah Tinggi London.

Walaupun enggan memberikan balasan terperinci, Brown berkata akhbar berbahasa Inggeris itu "tidak harus menerbitkan berita" berdasarkan blog propaganda yang tidak diketahui kesahihan maklumatnya.

"Artikel itu sengaja memutarbelitkan maklumat berkaitan pengurusan kes ini untuk tujuan propaganda politik di Malaysia. Ia memberikan maklumat yang jelas palsu, malah sebelum jawapan pernyataan Hadi dikemukakan di mahkamah," balasnya kepada The Malaysian Insight menerusi emel.

Beliau menambah, akhbar itu terus berbohong apabila mengatakan "pemberi maklumat" telah memberikan "pengesahan dari Amerika Syarikat" tentang dakwaan Dr Mahathir menyalurkan jutaan ringgit ke dalam akaun Brown untuk menjatuhkan Najib.

"Ini sangat serius, fitnah dan tuduhan yang tidak betul yang kebiasaannya saya terima daripada pelbagai blog picisan tetapi bukan artikel yang diterbitkan di dalam akhbar utama.

"Saya betul-betul terkejut," katanya.

Akhbar New Straits Times yang memetik maklumat daripada sebuah blog, The Third Force, melaporkan Brown kononnya gagal memberikan bukti kepada Mahkamah Tinggi London dalam kes saman oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Pada 21 April, Hadi menyaman Brown kerana dakwaan fitnah yang mengatakan beliau menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak supaya parti itu menyokong Barisan Nasional. – 2 September, 2017

2 comments:

  1. tak payah belit2, SR ada mengemukakan pembelaan ke tak ni?

    ReplyDelete
  2. Hello! This is my first comment here so I just
    wanted to give a quick shout out and say I truly enjoy reading through your articles.

    Can you suggest any other blogs/websites/forums that go over the same subjects?
    Thanks for your time!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa