Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 8, 2012

Bila Sibodoh Menipu.....

KANTOI LAGI.....ASAL FITNAH JER KANTOI...ASAL FITNAH JER KANTOI...KAHKAHKAHKAHKAH ! -

Fitnah gambar 1984 yang dikatakan diambil pada 13 Mei 1969

Kontroversi filem Tanda Putera: Kencing di bawah tiang bendera dan gambar 1984 digunakan untuk fitnah 13 Mei 1969

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, ada satu lagi tulisan yang membuat fitnah 13 Mei 1969 yang dipaparkan dalam laman rasmi Facebook Tanda Putera tetapi menggunakan gambar lain, iaitu pada 26 Ogos, 1984 di terminal lama lapangan terbang Kota Kinabalu.

Katanya, beliau ke Kota Kinabalu pada pagi tersebut melalui Sandakan untuk menyahut cabaran Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Datuk Haris Salleh untuk mengulangi ucapannya pada 23 Julai 1984 di luar Parlimen tanpa perlindungan hak istimewa Parlimen berhubung dengan penyalahgunaan kuasa Ketua Menteri Sabah terutamanya dengan perbuatan Haris menyerahkan Labuan kepada kerajaan persekutuan.

“Akan tetapi di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, saya tidak dibenarkan masuk diatas arahan Ketua Menteri Sabah yang pada awalnya telah mencabar saya untuk mengulangi ucapan Parlimen saya terhadapnya di Sandakan pada pagi hari yang sama jua!” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa pihak imigresen Sabah telah memaksa beliau meninggalkan Sabah dan memaksa beliau duduk atas kerusi roda serta diangkat masuk ke dalam kapal terbang.
“Gambar tersebut merupakan gambar yang diambil pada tahun 1984 di Kota Kinabalu dimana ianya telah disalahgunakan dalam laman Facebook rasmi Tanda Putera sebagai salah satu gambar 13 Mei 1969,” tambah beliau.

Katanya, amat menyedihkan kerana semua usaha menjelang sambutan Kemerdekaan yang ke-55/Hari Malaysia Ke-49 sepatutnya berfokuskan perpaduan yang diversif dan berbilang kaum.

Namun, ujar beliau, ada elemen-elemen anti-nasional yang mengapi-apikan syak wasangka buruk diantara kaum dan memporak-perandakan keharmonian di negara ini dengan penyebaran kepalsuan dan fitnah berhubung dengan sejarah tanahair ini. – sumber

1 comment:

  1. geromblan parti sekutu apco pandi kutty jika tidak fitnah tak sah ! ABU !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa