Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 19, 2012

Kesian Pulak Kat Budak Nih....

Tee Yong tidak setaraf, MB Selangor tuntut permohonan maaf


KUALA LUMPUR, 18 Sept — Menteri besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengatakan bahawa ahli parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong bukanlah setaraf untuk berdebat dengannya dan menuntut permohonan maaf daripada ahli politik MCA itu berhubung isu Talam.

“Malah, saya juga dicabar berdebat oleh Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong (gambar) tetapi beliau bukanlah individu yang sepatutnya membuat cabaran itu kerana tidak setaraf. 

“Tee Yong dan bapanya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek boleh terus membangkitkan isu Talam ini di media arus perdana tetapi saya tidak akan terlibat dalam permainan politik kotor mereka.

“Bagaimanapun, saya sedia mempertimbangkan untuk mengadakan perbincangan secara baik dengan Tee Yong sekiranya beliau memohon maaf kerana menuduh kerajaan negeri bailout Talam RM1 billion- tuduhan yang telah dibuktikan tidak benar oleh laporan audit KPMG, kata Khalid dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider petang tadi.

Baru-baru ini, ahli parlimen Labis mencabar MB Selangor untuk berdebat dengannya mengenai isu Talam.

Negeri Selangor walaubagaimanapun menghantar empat orang wakil iaitu ahli parlimen Selayang, William Leong dari PKR, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin.

Anak kepada presiden MCA itu walaubagaimanapun enggan berdebat dengan wakil yang dilantik oleh kerajaan Selangor itu dan menegaskan beliau hanya mahu berdebat dengan Khalid.

“Jika Tee Yong membuat penyelidikan sejarah  debat politik, beliau akan sedar bahawa sebenarnya debat antara ahli politik lebih menjurus kepada polisi atau dasar.

“Cukai, pendidikan, kesihatan, pertahanan- menjadi isu  penting dan memberi kesan  langsung kepada rakyat. 

“Di Amerika Syarikat dan Britain, isu-isu ini dibahas panjang lebar oleh ahli politik dan pemimpinnya. Ini jauh berbeza dengan topik yang dibangkitkan Tee Yong yang saya anggap tidak  relevan dan remeh,” tambah Khalid lagi.

Menurut Khalid, beliau bersedia mempertimbangkan cabaran debat sekiranya diminta berbahas mengenai polisi kerajaan negeri seperti Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) atau Skim Pemilikan Rumah Persendirian di mana sumber negeri dikongsi secara adil bersama rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu membuang masa berdebat mengenai mekanisma pengutipan hutang Talam.

“Berhubung pemulihan hutang Talam, saya percaya persoalan yang dibangkitkan Tee Yong telah dijawab dengan baik oleh badan bebas dan profesional.

“Ini kerana, kerajaan negeri telah pun melantik KPMG — salah satu dari empat firma audit terbesar untuk menjalankan audit secara komprehensif,” katanya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa