Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 18, 2012

Inilah Janji Dicapati

Kedah tuntut Felcra bayar hasil tanah


Ustaz Azizan, MB Kedah

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri sedang membuat tuntutan terhadap Felcra yang mengusahakan tanah milik mereka tetapi tidak menyerahkan hasil seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak  berkata, tuntutan itu kini sedang disediakan oleh peguam yang dilantik bagi mendapatkan kembali hak rakyat Kedah.


"Tuntutan dibuat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) terhadap Felcra.


"Memang Felcra perlu bayar pada kita sebab ada dalam perjanjian, di mana tanah diusahakan Felcra, babitkan 60 peratus untuk negeri dan selebihnya 40 peratus untuk agensi itu," katanya.


Katanya, kegagalan Felcra menyerahkan buku kira-kira kepada MBI antara punca Kerajaan Negeri bertindak demikian.


"Kita tidak tahu bagaimana perbelanjaan yang dibuat, oleh itu sekarang kita minta.


"Perkara sama berlaku di Kelantan tetapi mereka dapat balik walaupun nilainya tidak banyak. Mulai tahun ini, kita akan buat tuntutan dan tunggu perkembangan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sidang media di Wisma Darul Aman, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa