Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 18, 2012

Brehim Lupa Yang Harga Barang Antik Lebih Mahal Dari Yang Baru!

Selasa September 18, 2012
Memalukan Yahya Lampong Kaitkan Diri Dengan Perkasa - Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali berkata Datuk Yahya Lampong yang mengumumkan keluar daripada Umno baru-baru ini sudah lama tidak mempunyai kaitan dengan Perkasa.
Katanya, tindakan Yahya mengaitkan dirinya dengan Perkasa selepas meninggalkan Umno adalah memalukan kerana Yahya yang tidak lagi memegang jawatan Naib Presiden Protem Perkasa sejak awal 2009 tidak pernah menghadiri walau satu mesyuarat sebelum jawatannya diganti dengan Musli Oli.
"Dia sudah tidak ada dalam buku kami (Perkasa) lagi. Dia sedia nak jadi Protem pada 2008 kita bagi peluang tapi tak pernah sertai satu mesyuarat pun.
"Tiba-tiba bila umum nak keluar Umno dia kaitkan dirinya sebagai bekas presiden...semata-mata nak ada jenama kononnya dia produk penting (Perkasa)," katanya pada sidang media yang diadakan di pejabatnya, dekat sini, Selasa.
Ibrahim berkata, tindakan Yahya dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membesarkan cerita tentang jawatan yang pernah disandang Yahya dalam Perkasa sebagai 'murahan'.
Dalam masa yang sama Ibrahim berkata apa yang dilakukan itu membuktikan Perkasa mempunyai kedudukan dan jenama sendiri termasuk di kalangan pimpinan pembangkang.
"Memalukan untuk Datuk Seri Anwar dan Datuk Yahya yang membesar-besarkan bahawa bekas pemimpin Perkasa keluar Umno.
"Bukankah nama Umno lebih hebat...bekas ketua Umno bahagian masuk PKR...itu lebih kuat.
"Tapi sebaliknya saya rasa bangga...dulu mereka perlekeh Perkasa macam-macam. Ini bermaksud Perkasa semakin kuat, memberi impak, efektif dan menjadi pesaing mereka," tegasnya.
Ibrahim yang juga ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Perkasa tidak pernah tergugat dengan adanya kenyataan dan situasi seperti ini.
Menyifatkan Yahya sebagai 'barang antik' yang tiada nilai, beliau berkata rakyat di sabah lebih tahu dan bijak menilai mengenai perkara ini.
"Sekarang ini saya tak hairan (isu) ini. Bukan berita yang besar...orang Sabah tahu latar belakangnya.
"Barang antik...tengok cantik tapi tak boleh pakai," katanya.
Pada Ahad, Yahya yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri persekutuan mengumumkan keluar Umno dan menyertai PKR bersama-sama tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa