Diplomat AS di Beirut mula bakar fail sulit
| Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, | 18 Sep 2012 |
Satu laporan Jabatan Negara yang diperoleh Isnin lalu oleh The Associated Press menyebut kedutaan Beirut telah "mengkaji prosedur kecemasan dan mula memusnahkan maklumat yang diklasifikasikan sulit."
Laporan itu turut menyebut bahawa pekerja tempatan Lubnan telah dihantar pulang ke rumah lebih awal disebabkan protes oleh kumpulan militan Syiah, Hizbullah terhadap filem yang menghina nabi yang dihasilkan di Amerika Syarikat
Di Washington, seorang pegawai Jabatan Negara berkata tiada ancaman terhadap Kedutaan AS di Beirut, yang terletak kira-kira sejam dari lokasi terdekat demonstrasi yang telah dirancang.
Tahap keselamatan Kedutaan AS di Beirut bagaimanapun makin diperketatkan. Penunjuk perasaan telah melanggar kawasan beberapa misi diplomatik AS sejak Selasa lepas. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa