Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 16, 2012

Gambaran Parahnya 'Cah Keting' Dalam UMNO

Umno Negeri diarah pantau supaya tiada petualang dalam parti: Tengku Adnan

 September 15, 2012

JITRA, 15 Sept – Badan Perhubungan Umno negeri-negeri diarah memantau tingkah laku anggotanya bagi memastikan tiada petualang dalam parti yang berpeluang menggagalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perbuatan mensabotaj calon atau parti tidak akan dibiarkan berlaku kerana ia antara punca BN tewas beberapa negeri pada PRU lepas.

“Kita telahpun memantau perkembangan di setiap bahagian dan Badan Perhubungan Negeri diarahkan menubuhkan jawatankuasa pemantau kerana Presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) memandang serius perbuatan sabotaj ini.

“.... sebab itu Presiden mengarahkan saya turun ke bahagian memberi nasihat dan saya bersyukur tiada kejadian buruk berlaku semasa mesyuarat berlangsung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu di Institut Perguruan Darul Aman di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata tujuh Umno bahagian yang tidak dapat mengadakan mesyuarat masing-masing mengikut jadual diberi kebenaran berbuat demikian sebelum akhir bulan ini.

“Esok hari terakhir (mengadakan persidangan)...kelewatan tujuh bahagian itu disebabkan kekangan masa dan bukan masalah dalaman. Antara bahagian terbabit ialah Kuala Kedah yang akan mengadakannya pada 21 Sept ini.

“Kita dalam Umno tidak macam PKR (Parti Keadilan Rakyat), bergaduh dan ada yang membaling kerusi,” katanya bahawa beliau berpuas hati dengan kelancaran persidangan perwakilan Umno bahagian, setakat ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa