Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 18, 2012

Pasti Akan Dilabelkan 'Campurtangan Asing'!

NGO asing sokong Suaram, gesa tamatkan penganiyaan

Oleh Lisa J. Ariffin
September 17, 2012

KUALA LUMPUR, 17 Sept  — Sekumpulan 56 badan bukan kerajaan NGO tempatan dan antarabangsa hari ini berhimpun menyokong Suaram, menuntut kerajaan Malaysia menghentikan penganiyaan terhadap kumpulan berkenaan berikutan isu dana mereka.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kumpulan itu mengingatkan Putrajaya bahawa mereka juga turut menerima dana asing, dan menambah penganiyaan kerajaan terhadap Suaram mempunyai agenda politik tersembunyi adalah “tidak bertanggungjawab.”

“Kami mengutuk keras kerajaan Malaysia cuba menjatuhkan mereka yang menerima dana asing untuk tugas kemanusiaan mereka, termasuk penghinaan yang dibuat di media yang organisasi dibiayai dana asing termasuk Suaram mempunyai agenda politik.

“Kami menegaskan dana asing diperlukan NGO, bukan sahaja di Malaysia, tapi di seluruh dunia,” kata kenyataan tersebut.

Kumpulan berkenaan termasuk NGO dari Nepal, Afghanistan, Indonesia, Kemboja, Pakistan, Filifina, Australia termasuk China and Korea Utara, memuji Suaram, berkata badan itu turut dikenali di peringkat antarabangsa, termasuk mempunyai suara yang dipercayai dalam memperjuangkan hak asasi manusia.

Suaram kini sedang disiasat kerana perbicaraan kapal selam Scorpene di Perancis, skandal berjumlah bilion ringgit kes rasuah mengaitkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dan pembunuhan model Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu.- sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa