Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 16, 2012

Kenyataan Yang Meragukan Dari Buaya Tembaga Ini

Memang kalau setakan Ibrahim sorang tak adalah punya impak sangat tetapi kalau dah ramai pemimpin yang lari dari BN, takkanlah langsung tak jejas? 

Saya tak faham sangat stail orang Sabah main politik tetapi nampak sangat kenyataan dari Shafie ini nak sedapkan hati serta ayat-ayat menipu perasaan sendiri dan mengelabukan mata pemimpin BN semenanjung!

Penyertaan Ibrahim ke PKR tidak gugat BN Sabah, kata Shafie Afdal

Oleh Mohd Farhan Darwis
September 16, 2012

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal hari ini berkata penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR semalam tidak akan menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri tersebut.

Shafie (gambar) yang juga merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menegaskan, perkara itu adalah asam garam dalam politik.
“Itu asam garam dalam politik ... Sabah negeri yang unik.

“Bagaimanapun kita akan teruskan perjuangan, walaupun kita dengar bergolak sana-sini, tapi ia tidak menggug kedudukan BN di Sabah,” tegasnya kepada pemberita.

Jelas beliau lagi sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita, penyertaan Ibrahim ke dalam PKR itu juga merupakan bukti kebebasan amalan demokrasi di negara ini.
“Itu adalah kebebasan sistem demokrasi kita,” kata Ahli Parlimen Semporna itu lagi.
Malah Shafie turut melihat Ibrahim bukan ancaman kepada BN jika beliau bertanding di Parlimen Labuan dalam pilihan raya akan datang.

“Tiada masalah jika mereka ingin meletakkan beliau ... hendak lawan (bertanding),” tegasnya lagi selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Lembah Pantai di sini.
Sabah sebelum ini turut dikenali sebagai “fix deposit” bagi BN.

Penyertaan Ibrahim ke dalam PKR telah diumumkan secara rasmi oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 2,000 pengundi di Kampung Batu Arang, Labuan.

Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dihubungi semalam.

Ibrahim sebelum ini pernah menjawat jawatan bendahari Umno Sabah telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau juga merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holding. Azmin turut tidak menolak untuk meletakkan Ibrahim sebagai calon yang berpotensi untuk mewakili PKR di Labuan dalam pilihan raya akan datang.

“(PKR) Pusat belum memutuskan calon secara muktamad ... namun beliau adalah calon yang berpotensi besar untuk mewakili PKR,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah mengikut jejak langkah Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, dan Datuk Seri Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.

Kerusi di  Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihan raya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

Pada pilihan raya 2008, BN hilang majoriti dua pertiga Parlimen dan hilang penguasaan terhadap lima negeri termasuk Kelantan di semenanjung.

Penyelamat BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini.

Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula memiliki empat kerusi.

Dan bagaimana pula dengan berita ini?

Bekas timbalan menteri Yahya Lampong sertai PKR

TUARAN, 16 Sept — Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meneruskan perjuangannya dalam arena politik.

Pengumuman itu dibuat oleh ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran pakatan pembangkang di Dalit, dekat sini malam tadi.

Yahya, yang merupakan antara bekas pemimpin veteran parti Usno yang sudah dibubarkan sebelum menyertai Umno, hadir sama pada majlis itu.

Turut hadir ialah bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin dan bekas timbalan presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Pada sebelah pagi semalam, Anwar mengumumkan penyertaan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR di Labuan.

Sebelum ini, Lajim dan Bumburing menyatakan sokongan terhadap perjuangan pakatan pembangkang di Sabah. — Bernama

2 comments:

  1. Gua tak kisah beb, kalau semua orang sabah nak keluar BN dan nak masuk PAS atau PKR pun.... yang gua gundah gulana kalau Zaheda Rafeck keluar dengan jantan lain, itu yang gua tak boleh dengar.

    ReplyDelete
  2. Anon

    Zahida belanja besar beb. Sanggup ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa