Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 9, 2012

Menarik!

Jika Ling sangkut, Dr M pun sangkut...

Pepatah Inggeris ada mengatakan, "Birds of a feather flock together,' yang membawa maksud, burung-burung yang memiliki bulu yang serupa, akan berhimpun bersama-sama. Inilah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan umno/BN selama ini.

Yang paling ketara, bermula semasa era Mahathir hinggalah ke era Najib sekarang. Burung yang berhimpun bersama-sama ini akan melakukan perkara-perkara yang serupa. Apa yang kamu makan, itu yang aku makan. Cuma yang membezakannya, kuantiti makanan. Ada yang makan besar, makan sederhana, makan kecil.
Dalam kes perbicaraan penyelewengan projek Port Klang Free Zone (PKFZ), tekanan yang diterima oleh tertuduh, mantan presiden MCA, Dr. Ling Liong Sik semakin memuncak menyebabkan Ling tidak mempunyai pilihan lain, selain mengheret sama bekas bos beliau, Dr. Mahathir ketika dalam kabinet yang meluluskan projek berkenaan untuk membela beliau (Ling). Turut diheret, dua lagi, bekas PM Abdullah dan PM Najib yang pada ketika itu, sama-sama menganggotai kabinet Mahathir.
Mudah sangat Mahathir menyatakan beliau tidak menyedari sebarang penipuan dalam pengendalian projek berbilion ringgit itu. Bodoh sangatlah seorang PM yang dikelilingi oleh para pakar dan penasihat ekonomi dan kewangan, tidak dimaklumkan mengenai sebarang penyelewengan. Ini bukan projek berharga dua tiga kupang!
Mahu tidak mahu, kali ini Dr. Mahathir terpaksalah ke mahkamah untuk mempertahankan rakan kabinetnya daripada dijatuhkan hukuman bersalah. Pertahankanlah selagi boleh kerana jika Ling terus dibiarkan berseorangan menghadapi tekanan semasa pendakwaan menipu kabinet, nama Mahathir tetap akan diseret sebagai ketua dan orang yang bertanggungjawab membenarkan berlakunya penipuan itu.
Jadi, jika Ling dijatuhi hukuman, besar kemungkinan dalam proses pendakwaan, nama Mahathir dikaitkan sama sebagai pembohong dan beliau juga terdedah dan boleh didakwa bersubahat melakukan pembohongan dalam projek PKFZ ini.
Dr. Mahathir, tak payahlah menyibukkan diri mencipta pelbagai dakwaan tak berasas terhadap Pakatan Rakyat hingga terpaksa mengaitkan nama George Soros sebab Pakatan Rakyat sendiri pun dah kata "Kami tak kenal Soros"...  Kita fahamlah mengapa Dr. Mahathir begitu takut Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya dan bimbang jika Ling Ling Sik didapati bersalah. Ini kerana Dr. Mahathir telah terbayang, beliau akan sama-sama mengiringi dan menemani Ling Liong Sik untuk berhimpun bersama-sama dalam Penjara Sungai Buloh.... Skandal PKFZ baru salah-satu.
Kabinet tidak bantah PKFZ, kata Dr Mahathir kepada mahkamah

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuat apa-apa aduan jenayah mengenai Kabinet ditipu di dalam meluluskan pembelian tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang telah mengakibatkan kerugian kepada kerajaan, kata bekas Perdana Menteri (PM) itu kepada Mahkamah Tinggi hari ini.
Dr Mahathir, yang merupakan PM ketika projek itu diberikan restu, hari ini telah hadir sebagai saksi untuk Tun Dr Ling Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan yang sedang dibicarakan kerana menipu Kabinet.
“Saya tidak ingat apa-apa bantahan serius (dari mana-mana anggota Kabinet) kerana semua sangat berminat untuk mengadakan projek ini,” katanya kepada peguam Dr Ling, Wong Kian Kheong.

Apabila ditanya jika beliau atau mana-mana ahli-ahli Kabinet beliau telah membuat laporan polis untuk mengadu tentang ditipu, dia menjawab: “Tidak.”

Beliau juga menyatakan bahawa seorang anggota polis memberitahunya jika penyiasat mengambil kenyataan beliau terlebih dahulu, Dr Ling tidak akan didakwa dengan apa-apa jenayah.

Dr Ling didakwa pada 2010akan tetapi Dr Mahathir mengatakan kenyataan beliau kepada polis adalah sepanjang dua tahun ini.

Dr Ling berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan dari January 1986 sehingga May 2003.

Pendedahan kajian kedudukan oleh firma perkaunan terkenal PricewaterhouseCoopers (PwC) pada 2009 bahawa kos untuk membayar hutang boleh mencecah RM12.5 bilion.

Semenjak Disember 2009, enam individu sudah didakwa di mahkamah termasuk bekas presiden MCA Dr Ling dan bekas menteri pengangkutan selepasnya dan timbalan presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy.

Kedua-dua dituduh menipu Kabinet.

Dr Ling turut menghadapi dua dakwaan alternatif menipu Kabinet sehingga percaya terma pembelian — RM25 sekaki persegi dicampur dengan faedah sebanyak 7.5 peratus — diketahui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun mengetahui tiada sebarang perjanjian.

Beliau menghadapi kemungkinan dipenjara selama tujuh tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan dengan pertuduhan pertama dibawah seksyen 418 Kod Jenayah.

Pertuduhan alternatif pula hukumannya lebih ringan lima tahun penjara, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dr Mahathir akan hadir lagi ke mahkamah pagi esok.
Oleh Ida Lim - Malaysian Insider - October 08, 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kenyataan ketika perbicaraan kes terhadap Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, 8 Oktober, 2012. — Gambar oleh Choo Choy May

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa