Kenapa dia dipinggirkan?
Saya yakin statements ini dibuat walau pun mungkin ikhlas tetapi dengan hati yang tergores
Juga akan menjadi modal politik pihak lawan...
Jui Meng berbesar hati Kit Siang bertanding di Gelang Patah
TERKINI @ 02:17:58 PM 05-04-2013
OLEH MD IZWAN
APRIL 05, 2013
PETALING JAYA, 5 April — Pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng berkata beliau berbesar hati dengan pengumuman pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor.
Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Chua(gambar) juga menggesa rakyat di kawasan yang pernah diwakilinya itu memberi sokongan penuh kepada Lim serta berjanji akan bekerjasama dengan DAP dan PAS untuk pastikan kemenangan di Gelang Patah.
“Saya berbesar hati Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah.
“Ia satu penghormatan dan gesa semua pengundi di Gelang Patah memberi sokongan kepada Lim,” kata Chua.
Chua juga berkata kerusi Gelang Patah adalah kawasan boleh menang dan pengumuman Lim bertanding disitu menambah lagi peluang cerah buat Pakatan Rakyat (PR) menang disitu.
“Gelang Patah adalah kerusi boleh menang Pakatan.
“Kehadiran Kit Siang akan menambah lagi peluang cerah untuk menang disana,” katanya.
Chua berkata tidak kisah sekiranya tidak ditawarkan sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya kali ini, keutamaan baginya adalah memastikan kemenangan PR untuk ke Putrajaya.
“Jadi calon ataupun tidak, itu bukan penting... apa yang penting ialah pastikan kemenangan ke Putrajaya,” kata Chua, menambah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya terdapat kemungkinan besar juga ditawar untuk bertanding dikerusi tertentu.
Walaupun calon di Gelang Patah adalah bukan daripada PKR, Chua memberi komitmennya bagi membantu rakannya daripada DAP dalam berkempen dikawasan parlimen tersebut pada pilihan raya nanti.
“Saya dan jentera PKR akan membantu DAP di Gelang Patah bagi memastikan kemenangan kepada Pakatan.
“Itu janji kami,” tegas beliau.
Krisis perebutan kerusi Parlimen Gelang Patah antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan Chua mula menarik perhatian media selepas kedua-dua pemimpin itu enggan mengalah dalam isu rebutan kerusi Gelang Patah. Chua bagaimanapun secara terbuka hari ini menafikan bergaduh dengan Dr Boo sebaliknya menegaskan tidak mempunyai sebarang persengketaan dengan pemimpin DAP tersebut.
“Saya tidak bergaduh dengan dia... Ada saya keluarkan kenyataan membidasnya? Saya hanya ambil keputusan untuk berdiam diri sahaja,” terang Chua pada sidang media yang dipenuhi media tempatan dan antarabangsa.
Gelang Patah mempunyai komposisi pengundi campuran dengan 54 peratus pengundi Cina, diikuti Melayu 33 peratus, dan India 12 peratus.
PR bagaimanapun memilih untuk meletakkan Penasihat DAP, Lim untuk bertanding di kerusi yang kini disandang Ketua Wanita MCA Johor Tan Ah Heng.
Meletakkan Lim, “gergasi” politik yang berusia 72 tahun dan juga anak jati Johor di kawasan majoriti Cina yang menjadi kubu kuat BN sejak sekian lama dilihat signifikan kepada rancangan PR untuk menawan Putrajaya selepas berjaya menawan dua negeri terkaya di Malaysia, Selangor dan Pulau Pinang dalam Pilihan Raya 2008.
PKR pernah bertanding di Gelang Patah dalam dua pilihan raya sebelum ini, tetapi gagal untuk memecahkan monopoli penguasaan MCA dan BN di kawasan berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa