Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 14, 2013

Aik....Menghadapi Masalah Perumahan Juga?

Laa...cakap bum..bang..bum...bang saya ingatkan masalah sifar?
Rupanya di Putrajaya pun kudis dan kurap bertempek dan hanyir juga!

Calon Pakatan mahu selesaikan masalah perumahan di Putrajaya
KUALA LUMPUR, 14 April — Calon Pakatan Rakyat (PR) bagi kerusi parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa mahu menyelesaikan masalah perumahan yang berlarutan sekian lama di kawasan pusat pusat pentadbiran kerajaan itu dengan menukar status sewa bulanan mereka kepada status sewa beli.
Naib presiden PAS itu berkata, jika beliau berjaya mendapat sokongan pengundi – kebanyakkannya terdiri daripada penjawat awam, masalah perumahan akan segera diselesaikan.
“Sewa beli ini dikira dari mula mereka bayar sewa rumah tersebut dan akhirnya mereka akan dapat memiliki rumah yang mereka diami untuk sekian lama itu,” kata beliau dipetik dari portal berita PAS Harakahdaily.
“Ini adalah salah satu langkah yang saya akan tangani segera,” tambah beliau lagi.
Menurut Husam beliau akan menulis surat, untuk mendapatkan temujanji dengan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Ali Hamsa bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah perumahan yang semakin menekan kakitangan awam.
Cadangan itu dibuat selepas menjelajah beberapa kawasan perumahan di Putrajaya dan serta berdialog dengan penduduk setempat dalam kerangka kempennya.
“Saiz rumah yang disediakan adalah tidak sesuai untuk sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak yang ramai. Kebanyakan rumah tersebut bersaiz 750 kaki persegi hingga 800 kaki persegi,” katanya.
Menurut Husam, kerajaan gagal menyediakan kemudahan perumahan kepada kakitangan awam, kerana hanya mampu menyediakan 1/3 daripada jumlah 16,000 pemohon.
Berdasarkan tinjauan, untuk membeli rumah di Putrajaya, ianya merupakan suatu perkara yang mustahil bagi penjawat awam, yang bukan sahaja dari kakitangan sokongan, malah sehingga ke peringkat atasan.
Ini disebabkan harga sebuah pangsapuri atau apartment mencecah di antara RM120,000 hingga RM150,000.
Harga untuk rumah teres dua tingkat yang ditawarkan di Putrajaya adalah antara RM500,000 hingga RM 750,000, manakala harga untuk sebuah semi D pula antara RM900,000 hingga RM1.8 juta.
“Harga ini semangnya membebankan kakitangan awam, apatah lagi jika kakitangan atasan hendak membeli banglo, harganya mencecah RM2.5 juta ke atas.
“Jadi pada saya harga-harga tersebut tidak memungkinkan kakitangan awam untuk memiliki rumah di Putrajaya walaupun mereka bekerja di sini,” katanya.
Husam bakal berhadapan dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang merupakan penyandang kerusi tersebut.
Selasa lalu Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan mengatakan tidak gentar dengan pengumuman PAS untuk meletakkan naib presiden mereka, di kerusi parlimen Putrajaya kerana beliau tidak akan mendapat sokongan di sana.
“Apa yang boleh saya katakan adalah saya akan mempertahankan Putrajaya,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha Agung Umno itu mengakui beliau tidak melihat Husam sebagai ancaman, kerana tiada sokongan untuk parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sana.
“Penjawat awam dan masyarakat Melayu sedar apa Husam dan PAS sudah buat di Kelantan. Putrajaya tidak akan menerima orang luar sebagai wakil rakyat mereka,” tegasnya lagi - MI

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa