Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 6, 2013

Alamak.. Muhyiddin Pun Setaraf Dengan PapaGomo Dan Parpukari!

Sepatutnya bukan kelas Muhyiddin bercakap kosong
Kalau benar-benar PAS membawa ajaran sesat, siasat.
Dan kalau terbukti, Majlis Raja-Raja haramkan terus PAS!
Habis cerita
UMNO pun senang tak payah bergaduh lagi dengan PAS..
Jangan nak bodohkan rakyat dengan nampakkan diri kita lebih bodoh!

Muhyiddin: Pas parti ajaran sesat bawa fatwa songsang

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri hari ini melabelkan Parti PAS sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disifatkannya sebagai fatwa
songsang yang boleh mengelirukan rakyat.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau agak kecewa dengan kenyataan songsang itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ulama dan tokoh agama.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa solat orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini.
"Nik Aziz bersifat macam Tuhan sedangkan dia kata dia tokoh agama. Dia mengeluarkan fatwa sebegitu menghukum bahawa sembahyang orang Umno tidak dapat pahala kerana katanya Umno menolak Islam, Umno tidak berjuang untuk Islam.

"Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum Umno. Umno sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia," katanya.
Justeru itu, Muhyiddin turut menyeru rakyat agar menolak Pas dan pemimpinnya agar tidak sesat dengan ajaran songsang parti itu.
"Kalau ikut ajaran Pas sebegitu, maka semua akan sesat. Lebih-lebih lagi Nik Aziz menggunakan agama untuk tujuan politik lagi menyesatkan.
"Satu peringatan agar kita menolak Pas dan pemimpin Pas, dan Umno adalah parti yang berjuang untuk Islam sudah lama. Kalau saya nak ceritakan mungkin pemberita tidak ada muka surat untuk tulis," katanya.
Katanya, dari awal lagi, sejarah Umno menunjukkan perjuangan parti itu untuk menebus kemerdekaan negara, menggubal perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, pembelaan umat Islam, maka jelas terbukti Umno ialah parti yang memperjuangkan Islam sejak dahulu sampai hari ini. - SH

4 comments:

  1. boleh ker PAS terima kalau Majlis2 raja buat sedemikian..
    Sultan Azlan..pun "mohon derhaka" malah gi guling2 atas jalan..

    piiraahhhh..cakap serupa keling!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mu ni bodo..smbh derhaka tu istilah kata bangang nk berckp dgn raja..yg mu tu rampas kerajaa melalui lompat parti sape x mrh terutama rakyat yg mngundi...kl bini mu kn rampas xkan mu gembira lot tuan...mu tu yg keling

      Delete
  2. Anon 3:18 PM

    Kalau dah Majlis Raja-Raja Melayu buat keputusan sape boleh lawan?

    ReplyDelete
  3. Siapa yang tinggal dalam bee end? Hanya orang sesat mencari jalan yang sebenarnya dalam memilih pemimpin. Mereka ni boleh digunakan untuk menambah kekayaan dan kebahagian pemimpin mereka. Mereka tersenyum gembira dengan brim dan lain habuan yang jumlahnya hanya ibarat celah gigi pemimpin mrka. Hina sungguh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa