Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 3, 2013

Auta Stail Mamak : Pengecut Turun Ke Gelanggang, Kata Orang Tak Patut Bersilat!

Dah lama dahh......
Rakyat dah tahu!
Dah tahu diri pengecut, takyahlah cakap banyak
Lebih dari Presiden UMNO pulak!

Kit Siang patut tidak tanding, Mahathir jawab cabaran
3 April 2013
PUTRAJAYA - Selaras dengan pembubaran Dewan Rakyat hari ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong Barisan Nasional (BN) agar mendahulukan parti tanpa mengira individu yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

"Ini pertandingan antara parti, bukan pertandingan antara orang perseorangan kerana hanya parti saja yang boleh tubuh kerajaan, jadi mereka mesti tentukan parti mereka menang.

"Kalau mereka betul-betul setia pada parti, jangan kira siapa jadi calon.

"Kalaupun di situ dia letak calon MCA, Umno mesti sokong. Kalau dia letak calon Umno, MCA, MIC mesti sokong kerana kita hendak parti BN menang," katanya kepada pemberita di  pejabatnya di sini hari ini.

BN diyakini akan memenangi PRU13 nanti, malah mungkin dengan  majoriti dua pertiga berdasarkan pengundi, termasuk pengundi Cina kini dilihat kembali kepada BN berdasarkan respons daripada siri perjumpaan yang dihadiri pemimpin parti, katanya.

Ditanya sama ada beliau akan kembali bertanding untuk menyahut cabaran penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya beliau bertanding  bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor, Dr Mahathir berkata, beliau tidak mahu bertanding lagi memandangkan beliau sudah bersara dan Lim yang sepatutnya mengikut jejak beliau.

"Dia patut bersara sebab dia aktif dalam politik ini sejak tahun 1964, bagilah can (peluang) kepada orang muda. Saya bagi peluang pada orang muda sebab itu saya letak jawatan pada 2003.

"(Lim) Kit Siang ini walaupun dia seorang ahli politik yang berpengalaman dan berpengaruh, tapi tiba masanya dia tarik diri,  tak  usah bertandinglah, bagilah peluang pada orang muda," katanya.

Dr Mahathir sebelum itu menerima kunjungan bekas ahli Pas seumur hidup Zainon Ismail yang memohon maaf kepada beliau.

Zainon atau lebih dikenali dengan nama CN Afghani mengaku pernah merancang membunuh Dr Mahathir pada tahun 1988 kerana  terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang menyatakan bahawa Umno kafir. - SH

2 comments:

  1. Alahai cn zainon ni, semua orang tahu ameno kapiaq......tak de la pula amanat hj Hadi suruh bunuh org umeno.....mentaliti jilat pungkok ni. Hanya harus sana sinun yg percaya habis ni.

    ReplyDelete
  2. Cn Non ni lebih sudu dari kuah. Hadi Awang tak pernah suruh bunuh org. Lain kali mengaji biar tamat. Tak payah jadi ahli seumur hidup pun tak apa asalkan ikhlas dlm perjuangan. Ada bayaran ke!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa