Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 18, 2013

Belit, Belit Mahathir, Kemas Lagi Belit Najib!

Bijak Najib Matikan pengaruh Mahathir
Oleh: mohdnoorawang
Najib Razak bijak mematikan langkah Mahathir, Muhyiddin, dan Mukhriz Mahathir. Sepandai pandai dan licik mahathir dan gengnya dalam percaturan pilihanraya umum ke-13, Najib Razak dan gengnya sempat mematikan langkah kumpulan Muhyiddin, Mukhriz dan bapanya Mahathir.

Projek Mahathir, Muhyidin dan gengnya gagal menyekat pengaruh Najib Razak dalam soal calun yang bertanding PRU13. Mukhriz Mahathir terpaksa bertanding kerusi DUN Ayer Hitam , kawasan kubu kuat pakatan rakyat.

Jika BN Kedah kalah pada PRU13, pengaruh dan cita cita Mukhriz Mahathir tersekat dan disekat pengaruhnya dalam menghadapi pemilihan jawatan dalam UMNO pusat.


Dalam percaturan calun pilihanraya umum ke13 Najib Razak mengambil kira pemilihan UMNO pusat, Najib Razak takut dicabar oleh Muhyiddin dan Mukhriz mencabar Hisahmmudin dalam pemilihan UMNO pusat.

Disini nampak hebat dab bijak Najib Razak menyekat gerombolan yang mahu dan bercita cita menjadi persiden UMNO. Muhyiddin agak kendur dan akan akur pada Presiden UMNO sehingga beliau bersara sebagai timbalan presiden UMNO dan timbalan perdana menteri Malaysia. Itu pun jika BN/UMNO menang pilihanraya umum ke13.

Risikan sekarang Barisan Nasional masih berada angka 100 kerusi parlimen. Pesaingnya pakatan rakyat dijangka memperolehi 135 kerusi parlimen keseluruhannya.

Najib Razak mengambil satu tranformasi politik yang hebat sehingga penama Zulkifli Nordin calun BN/UMNO bertanding kerusi parlimen Shah Alam . Mungkin Zul Nordin boleh menang lawan Khalid Samad dari Pas.

Apa pun teknik dan gaya, Najib Razak dan BN/UMNO bakal mati dan nazak selepas 5/5/2013. Rakyat mahu ubah, rakyat mahu tukar, rakyat mahu harga petrol turun harga, rakyat mahu pendidikan percuma rakyat mahu menghukum Najib Razak, mahathir dan genngnya dibicara dimahkamah bagi mencari keadilan yang betul.

Rakyat sudah bosan selama 56 tahun dari perikatan dan sampai ke Barisan nasional menipu rakyat, rasuah, bunuh, . Hanya undur dan ABCD. ASALKAN BUKAN CALON DACING, ABU ASALKAN BUKAN UMNO

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa