Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 9, 2013

Biasalah Beb....Bila Dah Kantoi!

Sebelum ini tak ada plak sesiapa yang komen PR ciplak BN
Masa PR bentang manifesto pun diam........
Tali bila BN bentang manisfesto dan PR kata ciplak baru sibuk katakan PR pula yang ciplak!
Haru sungguh bila semua yang berotak kelabu buat sesuatu dengan fikiran berserabut...

Muhyiddin dakwa Pakatan yang tiru manifesto BN
OLEH SYED JAYMAL ZAHIID
APRIL 09, 2013
KUALA LUMPUR, 9 April — Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) terus terlibat dalam peperangan mulut mengenai “ketulenan” manifesto masing-masing dengan BN mengatakan PR meniru polisi sedia ada kerajaan untuk janji pilihan raya mereka.
Timbalan pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin berhujah, parti pembangkang kekurangan pengalaman dan pengetahuan mendalam mengenai polisi yang dicadangkan tentang kebajikan dan rancangan mereka untuk mengurangkan harga kenderaan yang telahpun dilaksanakan.
“Sebenarnya sebaliknya yang berlaku. Mereka yang meniru kami,” kata Muhyiddin (gambar) kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang SPM di sini.
Beliau menambah tuduhan oleh PKR semalam 17 Aku Janji manifesto gabungan pemerintah itu adalah “ciplak” tidak berasas sama sekali.
Mengenai idea popular PR untuk menurunkan harga kenderaan, timbalan presiden Umno itu mengatakan BN sudah memang mahu menurunkan harga kereta di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Asean dan program perdagangan bebas lain.
“Kami sudah melakukannya.. bezanya kami akan melakukannya secara berperingkat dimana mereka mahu melakukannya sekarang tanpa mengambilkira kesan kepada industri kenderaan,” katanya.

2 comments:

  1. mat sembab tu ada otak ke atau dah jadi otak lembu

    ReplyDelete
  2. Ada berani TPM untuk berdebat mengenai manifesto yang tulin..siapa tiru siapa tak penting, rakyat mahu dengar angka perkiraan setiap satu manifesto yang dibentangkan.
    Tunjukan kehebatan UMNO dihadapan rakyat bukan disebalik agensi kerajaan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa