Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 10, 2013

BN Salah Guna Kuasa? Eh..Mana ada!

Kita berkuasa
Suka hati kitalah!
Sape boleh halang kita?
Tak caye tanya Rais...

BN salahguna kuasa semasa tempoh pemerintahan kerajaan sementara, kata PKR
APRIL 10, 2013

PETALING JAYA, 10 April — Barisan Nasional (BN) perlu menghentikan penggunaan sumber kerajaan untuk berkempen kerana mereka tidak lagi memegang kuasa pada ketika ini, kata PKR hari ini.

Ini kerana Parlimen telah dibubarkan pada 3 April dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan anggota kabinetnya kini adalah kerajaan sementara.
"Sejak Parlimen dibubarkan, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak gagal menghormati prinsip demokrasi dengan menyalahguna kuasa kerajaan sementara yang membabitkan jentera dan kemudahan kerajaan untuk kepentingan Umno-BN," kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah kepada pemberita di sini.
Beliau membangkitkan enam kes dimana pentadbiran Najib telah menyalahgunakan kuasa, termasuk mengumumkan tiga projek utama di Cyberjaya minggu lalu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa