Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 16, 2013

Sikatak Yang Melompat Dari Kulim Ke Shah Alam Pun Calon Boleh Menang?

Agak-agak apa orang-orang Hindu akan lakukan setelah katak ini menghina agama mereka?
Apakah perasaan orang-orang UMNO yang bertungkus lumus selama ini di Shah Alam?
Apa rasionalnya Najib membawa katak Kulim ke Shah Alam?
Ketandusan Pemimpinkah UMNO Shah Alam?

Zulkifli Noordin calon ‘boleh menang’, kata timbalan pengarah pilihan raya BN
OLEH MD IZWAN
APRIL 16, 2013
SHAH ALAM, 16 April — Timbalan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor hari berkata pemilihan Datuk Zulkifli Noordin (gambar) sebagai calon di kerusi parlimen Shah Alam kerana beliau merupakan “calon boleh menang”, bukan kerana Umno tidak mempunyai calon berkemampuan.
Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menegaskan keputusan tersebut membuktikan BN bukan sebuah parti yang inklusif dan yang paling penting adalah menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.
“Zulkifli Noordin adalah ‘calon boleh menang’,” kata Mohd Zin.
“Atas faktor itu kita memilih dia, lagipun proses ini dilakukan dengan penuh teliti dan dibuat oleh kepimpinan,” tambahnya.
Di samping itu, Mohd Zin berkata langkah yang diambil oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak tersebut menunjukkan kesungguhan untuk melakukan transformasi dan perubahan.
“Pengumuman ini menunjukkan Datuk Seri Najib serius untuk membuat perubahan dan ke arah transformasi,” kata Mohd Zin yang juga berada dalam senarai calon dan akan bertanding di Sepang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Pengumuman Zulkifli di Shah Alam dilihat mengejutkan, tetapi BN tidak mempunyai pilihan selain menampilkan tokoh agama konservatif tersebut untuk merampas kerusi daripada penyandangnya Khalid Samad (PAS) serta meletakkan ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga.
Zulkifli Noordin merupakan bekas ahli parlimen  PKR di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu tetapi dipecat pada 2010 oleh jawatankuasa disiplin kerana perbezaan pandangan dengan prinsip Pakatan Rakyat (PR) dan kini beliau merupakan naib presiden NGO Perkasa.
Pada PRU 13, Khalid mengalahkan calon dari BN, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti sebanyak 9,314 undi.
Kehadiran Zulkifli di Shah Alam semakin kerap dan agresif memberikan ceramah sekitar Selangor terutamanya di Shah Alam menggunakan pentas Perkasa.
Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR dibawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.
PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara keatas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi DUN serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.
Tempoh berkempen secara rasmi Pilihan Raya 2013 bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa