Tiga hari lepas saya menemani seorang rakan yang ada urusan dengan Pejabat UMNO Bahagian Kota Bharu.
Sementara urusan beliau selesai kami berbual-bual tentang politik semasa dan pencalonan yang lambat dikeluarkan oleh Presiden UMNO
Entah macam mana terkeluarlah cerita perangai samseng salah seorang Ketua Bahagian UMNO di Kelantan
Ceritanya Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh bernama Zawawi yang digugurkan oleh PM kerana perlakuan jenayah dan masih di dalam tindakan pihak Polis.
Berita ini benar atau tidak tak tahulah. Tetapi sumbernya adalah dari Pejabat UMNO di sini yang memang saya sendiri mendengarnya. Kalau ada pembaca blog ini yang tinggal di Pasir Puteh, sila sahkan atau ceritakan apa sebenarnya yang terjadi
Sebab musabab Presiden UMNO menggugurkan nama Zawawi adalah kerana dia telah melakukan kekasaran jenayah terhadap seorang pemuda penyokong PAS yang menjulang bendera PAS.
Di ceritakan beliau memegang pemuda itu dengan kasar dan menyuruh adiknya menampar dan menumbuk pemuda itu
Kebetulan pemuda itu adalah anak orang yang kaya dan berpengaruh di sini.
Perkara ini telah menjadi kes Polis bila keluarga dan pemuda itu membuat Aduan Polis di Pasir Puteh.
Mengundi adalah hak setiap warganegara Malaysia yang termaktub dalam Perlembangan Malaysia Perkara 119. Pilihlah pemimpin anda, dan ambil bahagian dalam keputusan negara. Pilihan raya membenarkan orang ramai untuk bebas memilih wakil mereka dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap keputusan mereka dan undang-undang yang mereka lulus.
ReplyDeletehttp://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/04/perubahan-minda-di-pru-13.html