Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 8, 2013

Cukup Bagus Tu Tun, Tapi Kalau Kalah Lu Jangan Lari Bawa Harta Karun!

Dr M jangka BN akan menang dua pertiga

TERKINI @ 03:31:46 PM 08-04-2013
OLEH BOO SU-LYN
APRIL 08, 2013
KUALA LUMPUR, 8 April — Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang lebih besar dalam Pilihan Raya 2013 berbanding Pilihan Raya 2008, dengan gabungan pemerintah itu mungkin mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga.
Bekas perdana menteri (gambar) yang masih berpengaruh itu mengatakan dalam wawancara bersama akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia yang disiarkan hari ini, BN mempunyai peluang 50-50 untuk merampas semula Kelantan dan Pulau Pinang dan peluang lebih besar iaitu 55-45 untuk menang di Kedah dan Selangor dalam pilihan raya umum ke 13.
“Setahun dahulu, bahkan enam bulan dahulu saya kurang yakin tetapi saya dapati sambutan terhadapan lawatan Najib oleh seluruh rakyat termasuk masyarakat Cina jauh lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008,” kata Dr Mahathir dipetik dari Utusan merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Sebab itu orang berkata ada peralihan sokongan terhadap BN dan dengan cara ini saya yakin BN akan menang lebih baik daripada 2008. Ada kemungkinan juga mendapat dua pertiga,” tambah beliau.
Pilihan Raya 2008 bersejarah digambarkan sebagai “tsunami politik” menyaksikan BN hilang majoriti tradisi dua pertiga dan kalah di empat negeri — Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor kepada gabungan longgar PKR, PAS dan DAP yang kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR). PAS berjaya mempertahankan Kelantan.
Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak walau bagaimanapun, membelot kemudiannya menyebabkan kerajaan negeri PR tumbang.
Utusan melaporkan Dr Mahathir hari ini sebagai berkata orang Melayu di Perak pernah menyokong DAP pada satu ketika, tetapi menyatakan “keadaan sudah berubah sekarang”.
PR bekerja keras untuk memenangi undi Melayu di negeri Perak akan tetapi bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengatakan baru-baru ini tinjauan terbaru menunjukkan peningkatan sokongan Melayu dari 28 peratus dalam Pilihan Raya 2008 ke 32 peratus menjelang pilihan raya umum akan datang.
Dr Mahathir juga menegaskan, rakyat di Kedah dan Selangor telah “sedar” akan tetapi mengatakan beliau tidak mahu menjadi begitu “optmistik”.
“Bagi negeri Sabah dan Sarawak , saya lihat kita masih lagi boleh menang, tetapi mungkin kita tidak dapat kemenangan seperti pada 2008,” kata bekas presiden Umno itu merujuk kepada negeri Malaysia Timur yang sering menjadi kubu kuat BN dan dirujuk sebagai “deposit tetap”.
“Bagi Negeri Sembilan saya lihat kedudukannya masih selamat kalau tidak berkelahi sesama mereka. Masalah timbul jika mereka berkelahi tapi saya rasa tidak akan timbul masalah sedemikian,” tambah lelaki berumur 87 tahun itu.
Walau bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengatakan pada Khamis sabotaj akan berlaku sebaik sahaja gabungan pemerintah itu mengumumkan calon mereka.
Dr Mahathir yang bekerja keras berkempen untuk BN beberapa bulan lepas, menegaskan sabotaj dalaman lebih parah sekarang kerana BN hanya mempunyai 100 kerusi dengan majoriti kuat.
“Jadi kalau ada pihak yang mahu keluar dan mengheret 100-200 penyokongnya, kita mungkin akan berhadapan masalah,” katanya.
Dr Mahathir menambah penting untuk BN mengekalkan ahli politik veteran walaupun bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin baru-baru ini mendesak Najib menggugurkan pemimpin “luput tarikh” dalam Kabinet.
“Saya fikir yang lama pun perlu ada, kalau buang langsung yang lama pun tak baik juga, kerana kita nak ada kesinambungan antara yang lama dengan yang baru,” kata Dr Mahathir.
“Namun saya berpendapat bahawa pilihan raya kali ini lebih kepada parti bukan calon. Kita nak tentukan parti menang. BN kena menang,” tambah beliau.
Perdana menteri paling lama Malaysia dilihat menjadi ketua kempen bagi Najib dan beliau mengetuai ceramah BN untuk memberitahu mengenai kejayaan perkongsian kuasa beliau untuk kestabilan di kala krisis ekonomi melanda Eropah, Afrika dan Timur Tengah.
Pilihan Raya 2013 dijangka menjadi paling sengit dalam sejarah dengan BN akan berhadapan dengan pembangkang paling tersusun.

2 comments:

  1. bersemangat cakap pasal dunia tak sedar diri lagi ke dah ujung dah tu matde oi

    ReplyDelete
  2. hei orang tua ,lu jangan lari bila pr perintah malaysia yer!!!kita mahu lu tenguk satu2 legesi lu jatuh!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa