Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 6, 2013

Dah Habis Ikhtiar: Penjilat Pergunakan Mimbar Masjid Pulak!

Kenapa harus dikotorkan mimbar dengan kepentingan politik longkang?
Tak puas jadi keldai, jadi penjilat pulak!
Jakim, oh Jakim....
Kononnya Masjid dilarang pergunakan untuk politik!

Penganut Muslim digesa menjauhi mereka yang janji ‘kuasa kepada rakyat’
TERKINI @ 06:32:15 PM 05-04-2013
KUALA LUMPUR, 5 April — Penganut Muslim di seluruh negara hari ini diberi amaran untuk menjauhi pemimpin yang berjanji untuk mengembalikan “kuasa kepada rakyat” dan sebaliknya digesa untuk memilih mereka yang telah menepati janji dalam khutbah Jumaat, seiring kempen yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya 2013.
Khutbah tersebut yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menekankan ia adalah cubaan untuk memanipulasi perasaan dan sentimen dengan janji memulangkan kuasa kepada rakyat digunakan oleh musuh Islam untuk memusnahkan negara Islam.
“Ia bermula dengan mewujudkan bayangan palsu kepada pemerintah yang sedia ada dan seterusnya bayangan palsu itu dijadikan persepsi supaya dipercayai oleh rakyat yang akhirnya ia dimanipulasi untuk menjatuhkan negara dan pemerintah,” kata teks khutbah tersebut, disamping memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhi pemimpin yang bertindak sedemikian.
Menepati janji yang dibuat kepada pengikut-pengikutnya adalah salah satu ciri-ciri seorang pemimpin yang berkebolehan, menurut khutbah itu lagi.
“Seseorang pemimpin itu hendaklah menunaikan janji-janjinya kepada orang bawahannya. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai, bukannya berdusta, berjanji palsu dan menghampakan orang bawahannya. 
“Bayangkan, adakah pemimpin-pemimpin yang bakal kita pilih memiliki ciri-ciri yang dinyatakan ataupun sebaliknya? Sedarlah, jika salah percaturan tergadailah agama dan negara dan kita yang bertanggungjawab,” menurut teks khutbah itu lagi. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN telah menggunakan slogan “Janji Ditepati” slogan kebelakangan beberapa tahun ini.
Najib juga mengadakan “Jelajah Janji Ditepati” untuk mempamerkan pencapaian pentadbirannya yang bermula pada April tahun lepas di Johor dan berakhir pada bulan lalu di negeri kelahirannya Pahang.
Jelajah tersebut digunakan untuk menabur dana daripada kerajaan persekutuan BN.
Dalam ucapannya bulan lepas juga, Najib juga melaung-laungkan pencapaian pentadbirannya sejak tiga tahun lalu dan berjanji akan memberikan gula-gula wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) setiap tahun.
Perdana Menteri juga mengambil peluang untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR) dalam ucapan laporan tahunan Program Transformasi Negara (NTP) dengan mengingatkan orang ramai untuk terus memberi kerajaan BN mandat dan tidak mengundi pembangkang.
“Rakyat Malaysia perlu memilih antara ... sebuah kerajaan yang akan meneruskan dasar-dasar yang telah terbukti, atau sebelah pihak lagi yang bercakap dengan lidah bercabang, yang memandang ringan kepercayaan rakyat,” kata Najib apabila menggariskan beberapa pencapaian menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP ).
Parlimen telah dibubarkan pada Rabu lalu dan dewan undangan negeri juga telah mengikut langkah sama bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan sebelum 28 Mei

1 comment:

  1. Jakim bangang, tukang baca pun bangang sebab jadi Pak turut. Pemimpin yg rompak wang rakyat dibiar berleluasa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa