Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 7, 2013

Ini Kata Dollah Ahmad, Apa Pula Kata Anda?

Cuma dia terlupa satu phrase - 
siapa yang memandulkan dan melemahkan Melayu untuk senang ditipu?

Mudah sahaja: Najib atau Anwar?
TAN SRI ABDULLAH AHMAD
7 April 2013

KOLUM pertama ‘Skesta PRU13’ (Rabu 6 Februari) bertajuk: Referundum: Najib atau Anwar? Di Kelantan, kesinambungan atau cuba Umno pula? Sepuluh minggu kemudian dan setelah Parlimen dibubar pun pilihan pengundi tidak berubah. Masih simple: Najib atau Anwar? Di Kelantan Pas atau Umno? Soalan ini tidak akan bertukar hinggalah keputusan PRU13 diumumkan. Sudah mafhum?

Media Barat nampaknya bersetuju dengan kesimpulan saya. Kata International Herald Tribune, Khamis 4 April, “Vote could end long rule of coalition built from ethnic-based parties.” Tambahnya, “It’s Najib Tun Razak or Anwar Ibrahim.” PRU13 berkemungkinan menamatkan pemerintahan BN yang lama itu yang tunjaknya adalah parti komponen berasakan etnik. Pas sebuah parti agama (Islam). DAP etnik Cina chauvinis walaupun pada teorinya non-racial; PKR pula parti salad. What’s new? Media Barat, pada keseluruhannya, menjuarakan Anwar Ibrahim dan parti yang kononnya bukan perkauman! Pada mereka DAP bukan perkauman kerana ia inginkan, pada teori sahaja, membentuk Malaysian Malaysia. Pas bukan parti Islam sebenar; ia parti berasaskan agama maka gerakan itu menyokong pembentukan Malaysian Malaysia. Begitu juga PKR. Parti mana yang sebenarnya lebih berbahaya? Yang berasaskan etnik atau agama?

Pada orang Barat dan bukan Melayu, “Melayu /Peribumi/Islam kuasai politik Malaysia.” Mereka bisu seribu bahasa tentang “Cina dan konglomerat antarabangsa mendominasikan ekonomi, kewangan dan Ekonomi Baru di Malaysia”. Mereka – seperti parti yang mereka sokong – boleh membilang bintang di langit tetapi di muka mereka tidak sedar!

Bagaimana pula dengan ketidakadilan yang wujud dalam bisnes, industri dan profesion di mana kedominan bukan Melayu yang lebih nyata itu? Tanya seorang nasionalis yang berjaya sebelum solat Jumaat di masjid Tabung Haji, Jumaat 5 April:
“Benarkah Melayu dominasi politik?”
“It does seem so.”
“Kalau begitu kenapa PM Najib melutut apabila menghadapi tuntutan Cina?”
“It’s good politics. He badly needs Chinese support because we are divided and sub-divided!”

“Menang sorak kampung tergadai; marahkan nyamuk kelambu dibakar?”
“Yes.”

Soal jawab terhenti apabila imam membaca khutbahnya bermaudhuk “memilih pemimpin yang berwibawa, berakhlak, berpekerti dan beriman!”
Waktu makan di Ampang Walk, kami bertiga teruskan dialog yang terhenti tadi. Yang ketiga setuju sahaja, dia seorang arkitek.
(Sumbangannya; “betul, betul!”)

“Cina main politik seperti mereka main catur. Mereka cerdik, ada strategi.”
“Kalau Melayu/Peribumi/Islam tidak berpecah-belah kita boleh atasi demand, tuntutan dan apa pun desakan mereka dan apa strategi pun mereka guna.”
“Wang mereka?”
“Wallahua’lam!”

Walaupun pengundi Cina, pada zahir amat pro-DAP, (bukan Pas bukan PKR), usaha Najib mendekati mereka – terutama yang di atas pagar dan muda-mudi – saya kira menguntungkannya kerana kaum Cina lazimnya realis; mereka tidak sentimental seperti orang kita. Mereka tidak akan masuk tender/bisnes/projek jikalau melakukannya merugikan mereka. Sebab itu mereka gunakan 


Melayu/Peribumi/Islam masuk tender, beli tanah - terutama di Kelantan. Hatta saya dengar dari sumber-sumber sahih ada yang simpanan wang di Lembaga Tabung Haji melalui sekutu taat setia Melayu/Islam mereka! BN menang mereka untung. Kalau PR menang mereka bahagia!

Orang Melayu, Islam dan Peribumi dalam PR bermain politik jangka pendek sebab itu mereka ghairah, ada ketika agak sombong; gembiranya berkerat rotan, berpatah arang dengan Umno. Cina tidak macam kita. Tentang warisan, heritage: bahasa, sekolah Cina, adat resam dan peluang bisnes dan pekerjaan mereka senantiasa sekata dan sehati! Satu tauladan yang baik Melayu, Islam dan Peribumi mesti ikut. Suka duka PRU13, adalah peluang terbaik PKR memenanginya; juga kesempatan atau lubang terakhir Anwar; pada PRU14 Anwar berusia 70 tahun.

Tuntutan Cina disokong kuat oleh sekutu mereka di luar dan di dalam negara. Membuat demand tidak salah dalam demokrasi berparlimen walaupun tuntutan itu mengetepikan tradisi dan sejarah dan mencabuli Sosial Kontrak asalkan desakan itu tidak amat keterlaluan yang mengancamkan harmoni kaum dan ketenteraman awam. Networking Cina lebar, mega dan amat berpengaruh. Networking dan pengaruh Melayu/Islam/Peribumi lazimnya sempit, lemah dan amat suka berkhutbah, berseminar dan bermuzakarah sesama sendiri yakni kepada kabilah yang sudah setuju dengan tukang syarah/pemimpin/ulama. Yang aneh dan agak menggelikan hati “Melayu Baru” lebih kepinginan, gila-gila mahu jadi ‘Malaysian’ dari Cina dan India kononnya mahu tunjuk mereka sudah “arrived”! Sudah kuat, tidak perlu tongkat dan kerusi roda lagi; daya saing sudah sampai, mengikut mereka sendiri, ke tahap global! Atau malu diklasifikasikan Melayu/Islam? Itu sebenarnya, pada pendapat setengah Melayu lama.

Pilihan di depan kita simple, saya tegaskan tanpa loyar: Pilih Anwar kalau kita sudah sedia, sudah gagah untuk menghadapi politik baru: “It’s all about new politics, development, business, education and employment based on class, not race.” Pengikut PR sudah sempurna sebab itu mereka menerima meritokrasi seperti di Singapura, hurai Speaking. Pilih Najib dan BN kalau kita belum sanggup menerima pemerintahan meritokrasi ala Singapura, kalau belum rela berkongsi kedudukan dan hak istimewa yang dipusakai dan sahih, andainya kita tidak mahu putus-putus menerima bimbingan, bantuan, pembiayaan, sponsorship dan naungan dari kerajaan; jika kita ingin bahasa, agama dan adat resam kita terus dilindungi, dipertingkatkan lagi; kalau kita belum mahu agama dan bahasa kita berstatus serupa dengan bahasa dan agama lain, kalau kita mahu perlembagaan terus dikekalkan, institusi yang wujud akan terus wujud; negara terus makmur, aman dan damai undilah Najib dan BN.

Di Kelantan, nampaknya Pas mampu bertahan tetapi tidak di Kedah. DAP akan terus memerintah Pulau Pinang begitu juga PKR di Selangor kecualilah calon BN di ke empat negeri PR ini memang ‘luar biasa’ maka tidak mustahil satu dua negeri akan tumpas. Sesungguhnya, “politics, especially in Malaysia, are the art of the possible” tegas Speaking. Di peringkat nasional, BN akan menang dengan majoriti yang memuaskan; lebih daripada cukup.

Pilihlah yang telah teruji. Ini bukan masa buat eksperimen, ini bukan waktu acu, cuba dan try. Datuk nenek kita dahulu cuba Jepun kerana tak sukakan orang putih. Bacalah sejarah. Kita hanya baru nak maju sedikit, itu pun setelah 56 tahun merdeka. Mahukah kita ambil risiko dengan sebuah kerajaan yang belum teruji? Yang akan didominasikan oleh DAP? Lebih bijak, lebih selamat dengan BN yang dikepalai Umno. - sumber

5 comments:

  1. jika kita takut mencuba ,sampai bila kita akan Berjaya ? atau tak kan Berjaya ?

    ReplyDelete
  2. ini la sikap melayu kuno yang terus mejahanamkan daya juang anak bangsa.sanggup biarkan kemungkaran dan kezaliman demi bangsa walaupun malaun perasuah dan lanun....kuasa rakyat,kuasa keramat..berubah untuk kebaikan bukan kah digalakkan?ini semua tak bolih,tak bolih sampai mampos pun dok jadi pak sorak dan tukang tepuk pada golongan munafikun borguis melayu dan kroni!!!!bangkit RAKYAT tumbangkan kerajaan zalim ni dan gantikan pada kerajaan rakyat...jangan dengar dan ikut malaun2 tua nak mampos ni!!!

    ReplyDelete
  3. A poгtfoliο is a benchmarκ portfοlio ωhіch is constructed buѕіness suсh that there is stіll some
    аrеas whеrе there arе cоmmunаl cheesе сaves.


    Feel freе to visit my ωeb pаgе :: http://www.zeit.raum-bayern.net/wiki/index.php?title=Benutzer:VioletVVZ&oldid=116039

    ReplyDelete
  4. Nak terus beri peluang kpd Umno/Bn utk terus memperbodohkan rakyat ke?. Dulu aku sokong juga Umno/Bn ni..tapi bila buat aku tengok banyak isu yg tak terjawab oleh Umno/Bn dan PM pun asyik berucap mcm syok sendiri je, maka aku pun lompat lah kat sebelah sana..kita dah ada alternatif. Slogan dulu, kini dan selama-lamanya dah tak boleh pakai lagi. Ini Kalilah..Jom Ubah.

    ReplyDelete
  5. Ini pemikiran orang yang masih tinggal dalam bee end....... Bolehkah bandingkan situasi kehadiran jepun dulu dengan pilihanraya kali ni.???? Keadaan genting skarang, penyokong/pemimpin bee end akan cakap apa saja walaupun tak logik.
    Kalau pilih bee end, rakyat akan berada pada tahap sama 56 tahun lagi. Silap2 lagi teruk.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa