Bukan mereka tak mohon tetapi kenapa sangkut?
Published: Isnin April 8, 2013 MYT 4:57:00 PM
Updated: Isnin April 8, 2013 MYT 10:16:37 PM
Updated: Isnin April 8, 2013 MYT 10:16:37 PM
Pembangkang Tidak Mempunyai Ikatan Yang Ampuh - PM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti-parti pembangkang sebenarnya tidak mempunyai satu ikatan yang ampuh dan boleh diyakini untuk membawa Malaysia ke mercu kejayaan.
Perdana menteri berkata selain tidak berdaftar sebagai satu parti, pembangkang juga bertanding dalam tiga parti yang berasingan dan ketiga-tiga parti itu turut mempunyai ideologi yang amat berbeza antara satu sama lain.
"Apakah ini boleh memberi keyakinan, (bahawa) mereka boleh mentadbir negara kita dengan baik, kalau mereka bercanggah tentang perkara fundamental, hala tuju, dasar induk dan sebagainya, terutama sekali antara DAP dan PAS, begitu bercanggah sekali," katanya dalam wawancara khas BernamaTV program 'Helo Malaysia' versi Tamil di saluran Astro502 malam Isnin. Wawancara itu dikendalikan wartawan Bernama Michael Savarimuthu dan K.Ghandi. "Dan mereka tidak ada pengalaman, malah ketua pembangkang, kita tahulah rekod dia dalam kerajaan dulu bagaimana dan sebagainya.
"Berubah semata-mata untuk mencari perubahan bukan sesuatu yang bijak, sebaliknya kita mesti berubah di mana perubahan itu mendatangkan suatu yang jauh lebih baik daripada sedia kala," katanya mengulas dakwaan sesetengah pihak, termasuk masyarakat India, yang mahu pembangkang diberi peluang untuk memimpin kerajaan.
Perdana menteri memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu membawa perubahan yang besar kepada negara dan perkara itu telah dibuktikan dalam tempoh empat tahun beliau menerajui kepimpinan negara.
"Saya percaya jika diberi mandat lima tahun akan datang, InsyaAllah, kita akan melakukan jauh lebih baik lagi," katanya.
Beliau berkata pembangkang juga gagal menepati janji-janji mereka di negeri-negeri yang ditadbirnya pada pilihan raya umum ke-12.
"Sebab itu kita harus tanya pada diri kita, kalau janji dulu tak ditunaikan, apakah keyakinan kita janji-janji baharu ini akan ditunaikan oleh mereka (pembangkang)," katanya. - mStar
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa