Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 2, 2013

Kalau Macam Ni, Bukan Nabi Dihina Tapi UMNO Yang Merasa Terhina!

Bila rasa terhina atau sememangnya hina, maka diputar-belitkanlah statements berkenaan supaya marah orang ramai dihalakan ke arah yang tidak sepatutnya

Tapi bagi saya hanya manusia yang berotak singkat saja yang akan membuat tuduhan melulu dan terhasut tanpa membaca dan memahami maksud statements tersebut

Yang peliknya yang berotak begini termasuklah manusia yang bergelar dan orang besar di dalam bidang agama

Entahlah, mungkin kerana taksubkan sesebuah parti menyebabkan mata rabun otak pun kelabu.....

Yang membuat statements tu pulak buat apa menyibukkan diri terikut-ikut dengan irama monyet menari?

'Saya tidak menghina Nabi'
Cuba baca betul-betul dengan pertimbangan nurani dan fahami apa 
yang ingin disampaikan oleh penulis...
Yang cerdik tu janganlah bodohkan diri!

SHAH ALAM - Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som menegaskan, kenyataannya menerusi laman Twitternya minggu lalu tidak bersifat menghina Nabi Muhammad SAW, sebaliknya disalah tafsir oleh beberapa akhbar.

Menurutnya, budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik dan berlaku sejak dahulu lagi.

"Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri walaupun terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik kotor adalah kerja musuh agama bukan hanya
musuh dalam politik," katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Katanya, tidak ada beza perangai munafik dahulu dan kini di mana senjata mereka sama iaitu fitnah melampau.

"Fokus utama kenyataan itu adalah kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) yang banyak melakukan perkara tidak baik demi kelangsungan politik mereka," katanya.

Menurutnya, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini, Umno dan BN mula takut dan kerana itu mereka sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa yang ada.

"Umno dan BN bersedia melakukan apa jua termasuk yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran rakyat. Video seks dan cerita skandal pimpinan Pakatan Rakyat (PR) merupakan modal terkini yang mereka usahakan.

"Ini satu tindakan hina dan jijik. Jauh bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan moral yang murni. Mereka juga telah banyak menghina, fitnah, mengaibkan, rasuah, zalim, politik samseng dan banyak lagi telah menjadi amalan," katanya.

Katanya, Umno dan BN yang menghina Nabi dan bukannya dirinya.  

"Tulisan saya jelas, penuh ingatan dengan harapan supaya rakyat Malaysia menjauhi politik fitnah yang menjadi senjata Umno dan BN membunuh musuh politik mereka," katanya.

3 comments:

  1. Salam Mountdweller

    Sudah hina, bagaimana nak terhina lagi.

    Ameno dulu, kini dan selamanya suka memfitnah

    ReplyDelete
  2. Bukan hina nabi..
    Penulis hina UMNO ..

    Mungkin Gambaran penulis Sekira Nabi dan umno sezaman..Nabi menjadi mangsa kerakusan fitnah kumpulan Syaitan yang di kenali..

    ReplyDelete
  3. Oh umno bebal macamanalah nak jadi pemimpin ayat yang begitu simple pun kamu tak paham lebih baik jadi kayulah kau orang unmo dari jadi manusia

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa