Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 18, 2013

Kedai Kopi Lagi: Pemikiran Anak Muda Di Ambang PRU13

Sejak saya pencen dan isteri masih bekerja, kedai kopilah tempat saya makan seolah secara tetap  kecuali hari minggu. Pada hari minggu biasanya isteri akan sediakan sarapan dan makan. 

Hari ini saya keluar lambat sedikit kerana saya tidur selepas tunaikan solat subuh. Pada kiraan saya, sekiranya saya makan di waktu ini dikira sarapan pagi dan makan tengahari sekali gus. Hee..hee... dah jadi bujang balik daaa....

Di kedai, sambil makan saya bersembanglah dengan tuan punya kedai tentang bermacam hal politik sekarang. Sedang kami bersembang, datanglah sekumpulan orang muda (peringkat belia). Mereka orderlah apa yang mereka nak makan dan duduk di meja bersama saya. 

Mereka bawa satu akhbar bersama mereka dan mereka membelek di bahagian belakang dulu (bahagian laporan sukan) dengan selamba salah seorang dari mereka berkata 'Sekarang ini nak baca paper pun takleh baca bahagian  depan' 

Saya tanya 'kenape?'
'Serabut kepala dengan laporan gila dan bodek!' katanya
'Memanglah dekat Pilihanraya semua parti menggelabah ditambah pula ada anggota parti yang lawan tokey' saya cuba menduga pandangan anak muda

'Seteruk-teruk Anwar dan Pembangkang taklah gila sangat!' seorang dari mereka bersuara

Jadi inilah peluang saya taruk api ' UMNO sekarang teruk, dah berkube lembe' 

'Bukan lo ni jah laa....lamo doh dok pening. Bagi BRIM tapi nok pakso oghe pakoh dio' tingkah seorang pemuda dengan sinis dan tersengih

'Tu, dia ingat duit dia bagi tu, duit mak bapak dia ko. Toksoh dok buat bengonglah, duit tu duit kito semo, kata seorang lagi dengan nada geram

'Nok tengok TV serabut,TV pulak dah jadi TV Tok Nenek UMNO, ampu kerajaan semuanya molek, Pembangkang semuanya huduh!' seorang lagi dari mereka mencelah

'Eh....dok kecek pum..pang...ni awok semo buleh ngundi doh ko?' saja saya nak tahu mereka daftar ke tidak untuk mengundi

'Kito semo buleh doh Abe Din' jawab salah seorang dari mereka

'Jadi kali ni nok pakoh gapo?' Saja saya nak tahu repond mereka

'Doh semo oghe pakat nok pereboh, kita ratelah. Tengok muka PM parti lain pulak' kata salah seorang dari mereka sambil semua mereka ketawa.

'Lagi pun lepah ni kalau BN menang lagi, lunyailah kita sebab nok tarik balik pitih hok dia tabor tu. Nak ganti mari mano kalu tidak dari rakyat' kata salah seorang dari mereka

'Lepah ni jago laa... semuanya naik, air dalam payan pun naik' jawabnya sambil ketawa

'Haa...Abe Din tu jaga sikit bawa kereta laju, hee..hee kamera AES naik tiang semulalah jawabnya' kata mereka sinis

Lepas tu banyaklah lagi kami sembang sambil makan dan minum. Rupanya anak muda sekarang dah pandai toleh kiri-kanan, tak tidur lagi!

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa